Utama Berita Automotif Mitsubishi Triton Single Cab AT masuk Malaysia, harga asas RM107,980

Mitsubishi Triton Single Cab AT masuk Malaysia, harga asas RM107,980

3

Mitsubishi Motors Malaysia secara rasmi memperkenalkan Triton Single Cab AT untuk pasaran tempatan pada harga RM107,980 atas jalan, tidak termasuk insurans bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia.

Varian baharu ini dijual RM3,000 lebih tinggi berbanding model Single Cab MT sedia ada.

Triton Single Cab AT hadir dengan kotak gear automatik enam kelajuan, sama seperti versi manual.

Selain itu, ia turut dilengkapi :

  • sensor undur
  • kunci pembeza belakang
  • pelapik ruang kargo
  • bampar belakang berwarna hitam
  • tempat duduk bersalut vinil hitam sebagai ciri standard

Daripada senarai tersebut, semua ciri KECUALI sensor undur telah pun ditawarkan pada model Single Cab MT tahun 2026.

Spesifikasi mekanikal kekal tidak berubah. Model ini masih dikuasakan enjin turbodiesel 2.4 liter yang menghasilkan 184 PS kuasa dan 430 Nm tork.

Kapasiti muatan pula kekal pada 1,145 kg dengan ruang kargo berukuran 2,340 x 1,580 x 515 mm.

Triton Single Cab AT turut hadir dengan :

  • rim keluli 17 inci
  • tayar lasak 265/65
  • sistem pacuan empat roda Easy Select 4WD (2H, 4H, 4L)
  • lampu dan pengelap cermin automatik
  • pemegang pintu berwarna hitam
  • tiga beg udara termasuk untuk bahagian lutut pemandu

Warna yang ditawarkan terhad kepada Solid White sahaja. Kenderaan ini dilindungi waranti lima tahun atau 200,000 km.

Bersempena pelancaran, Mitsubishi menawarkan sokongan diesel berjumlah RM4,000 untuk tempoh terhad kepada pembeli Triton Single Cab AT.

Selain itu, MMM turut menyenaraikan insentif untuk model Triton lain termasuk :

  • RM15,000  bagi varian Athlete sebelum penambahbaikan Jun 2025
  • RM12,000 untuk MT GL
  • RM10,000 untuk Athlete Championship Edition dan Athlete
  • RM8,000 untuk AT GL
  • RM6,000 untuk Single Cab MT
  • RM5,000 untuk AT Premium Championship Edition serta AT Premium.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here