
Chery Malaysia melancarkan kempen Chery Bersama Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan pelbagai tawaran menarik barisan model SUV terpilih.
Kempen dalam TEMPOH TERHAD dan tertakluk kepada stok yang ada itu merangkumi model petrol, hibrid dan hibrid plug-in (PHEV).
Antara tawaran utama ialah Chery Tiggo Cross HEV yang ditawarkan pada harga RM91,800, manakala Tiggo 8 PHEV pula dijual pada RM138,800.

Berikut senarai harga kempen Chery Bersama Malaysia :
- Tiggo Cross Turbo – RM80,800
- Tiggo Cross HEV – RM91,800
- Omoda 5 – RM99,800
- Tiggo 7 Pro – RM108,800
- Tiggo 8 – RM115,800
- Tiggo 8 PHEV – RM138,800
- Tiggo 9 – RM166,800
Pelanggan yang memilih model PHEV Chery turut diberikan waranti bateri 10 tahun atau 200,000 km bagi memberikan keyakinan pemilikan jangka panjang.

Kempen ini turut diperluaskan kepada pelanggan selepas jualan. Pemilik Chery boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan PERCUMA melibatkan 28 item di semua Pusat Servis Chery sah di seluruh negara.
Lebih menarik, pemilik yang berbelanja RM1,000 dan ke atas dalam satu invois servis akan menerima kamera pemuka (dashcam) Chery bernilai RM499 secara PERCUMA, selagi stok masih ada.
Sebagai sebahagian daripada kempen, Chery Malaysia akan mengadakan acara di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur pada 16 hingga 20 September 2026.

Pengunjung berpeluang melihat barisan model Chery, mendapatkan tawaran eksklusif dan membuat pandu uji.
Menerusi Chery Bersama Malaysia Test Drive & Win Contest, pelanggan yang melakukan pandu uji di mana-mana bilik pameran atau acara Chery di seluruh negara berpeluang memenangi iPhone 17, kamera Sony atau kad PIN tambah nilai Touch ‘n Go.
Menurut Chery Malaysia, kempen ini bertujuan memberikan nilai tambah kepada pelanggan sempena sambutan bulan kemerdekaan, terutama menerusi tawaran Tiggo Cross HEV yang kini ditawarkan pada harga di bawah RM100,000.
































