Utama Berita Automotif Pemenang MLBB edisi ke-10 bakal bawa pulang SUV Hibrid Chery TIGGO Cross

Pemenang MLBB edisi ke-10 bakal bawa pulang SUV Hibrid Chery TIGGO Cross

5

Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia menganjurkan Anugerah Legenda terbesar dalam sejarah liga itu sempena sambutan ulang tahun ke-10 Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Bagi Musim ke-18, seramai 20 peserta disenaraikan untuk merebut gelaran Legenda.

Jumlah itu adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak anugerah diperkenalkan.

Sebagai penghargaan, Chery Malaysia selaku Rakan Automotif Rasmi MPL Malaysia akan menghadiahkan sebuah SUV hibrid Chery TIGGO Cross HEV kepada pemenang.

Anugerah Legenda diwujudkan bagi mengiktiraf individu yang membentuk landskap MPL Malaysia sepanjang 10 tahun lalu.

Ini merangkumi pemain, jurulatih, pengurus pasukan dan bakat siaran.

Pemenang akan dipilih oleh panel yang terdiri daripada wakil liga dan tokoh industri. Syarat utama termasuk :

  • mempunyai sekurang-kurangnya 10 musim penglibatan dalam MPL Malaysia
  • masih aktif
  • pernah mewakili negara atau menyumbang kepada kejayaan Malaysia di pentas antarabangsa
  • mempunyai rekod disiplin baik
  • belum pernah memenangi anugerah ini

Ketua Pasaran E-sukan MOONTON Games, Krystal Tan berkata, ulang tahun ke-10 MLBB bukan sekadar meraikan permainan itu, tetapi juga individu yang membesar bersama ekosistemnya.

“Anugerah ini platform penting untuk mengiktiraf mereka yang meninggalkan kesan mendalam kepada komuniti. Bukan hanya berdasarkan satu musim, tetapi sumbangan berterusan,” katanya.

Pengarah Jenama dan Pemasaran Chery Malaysia, Celeste Lim pula berkata, syarikat itu berbangga menyokong inisiatif yang memberi inspirasi dan mengiktiraf peranan besar e-sukan tempatan.

“E-sukan kini menjadi platform kompetitif menghimpunkan pemain dan peminat pelbagai latar belakang,” katanya.

Pemenang Anugerah Legenda Musim 18 akan diumumkan pada acara kemuncak MPL Malaysia di CelcomDigi Dream Stage.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here