
Bersempena sambutan Hari Malaysia, TQ WULING menjadikan penukaran kepada mobiliti elektrik lebih mudah dimiliki menerusi Promosi Istimewa Hari Malaysia Bingo EV untuk tempoh terhad.
Promosi ini menawarkan penjimatan tambahan sehingga RM6,000 serta pelbagai manfaat pemilikan menarik sepanjang bulan September.
Melalui promosi ini, TQ WULING Bingo EV Pro, yang sebelum ini dijual pada harga RM62,800, ditawarkan pada harga bermula RM56,800 selepas rebat, merangkumi rebat Hari Malaysia sebanyak RM4,000 dan rebat insurans bernilai sehingga RM2,000.

Varian Pro turut didatangkan dengan pengecas EV mudah alih percuma.
Sementara itu, Bingo EV Max, yang dijual pada harga RM67,800, kini ditawarkan pada harga bermula RM63,800 selepas rebat, merangkumi rebat Hari Malaysia sebanyak RM2,000 dan rebat insurans bernilai sehingga RM2,000.
Pelanggan varian Max turut menerima pengecas wallbox 7kW dan pengecas EV mudah alih secara percuma, sekali gus menjadikan pengecasan di rumah lebih mudah dan praktikal.
Promosi September ini mencerminkan usaha TQ WULING untuk mengurangkan halangan terhadap pemilikan EV dengan menggabungkan harga pembelian yang lebih mampu milik dengan penyelesaian pengecasan praktikal serta sokongan selepas jualan pada kos yang berpatutan.
“Hari Malaysia adalah detik bagi meraikan sejauh mana kita telah melangkah bersama sebagai sebuah negara, dan pada masa yang sama, ia juga merupakan peluang untuk kita melihat ke hadapan terhadap masa depan mobiliti di Malaysia,” kata Wan Wei Sun, Ketua TQ WULING Malaysia.
“Menerusi Promosi Istimewa Hari Malaysia Bingo EV, kami mahu menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia.
“Selain harga yang menarik, TQ WULING Bingo EV menawarkan praktikaliti, keselesaan dan ketenangan fikiran yang menjadikannya mudah untuk digunakan dalam kehidupan seharian.”
Ditawarkan dalam varian Pro dan Max, Bingo EV menawarkan jarak pemanduan sehingga 333 km dan 410 km (CLTC).
Kedua-dua varian dilengkapi bateri Lithium Ferro-Phosphate dengan pengiktirafan IP68.
Teknologi MAGIC Battery TQ WULING telah digunakan secara meluas dengan lebih 3.6 juta EV di seluruh dunia, bersama rekod keselamatan konsisten tanpa sebarang insiden kebakaran atau letupan yang dilaporkan.
Untuk kemudahan tambahan, pengecasan pantas DC mampu mengecas bateri daripada 30 peratus hingga 80 peratus dalam masa kurang daripada 35 minit.
Di sebalik reka bentuk luarannya yang kompak dan tersendiri, Bingo EV direka dengan mengambil kira keperluan penggunaan harian.
Ruang kabinnya menampilkan kemasan dalaman :
- Caramel Latte
- dua paparan berwarna penuh bersaiz 10.25 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto
- kapasiti ruang bagasi daripada 395 liter sehingga 1,240 liter apabila tempat duduk dilipat
Kedua-dua varian Pro dan Max turut dilengkapi :
- enam beg udara
- ABS dengan EBD
- Electronic Stability Control
- Electronic Parking Brake dengan Auto-Hold
- sensor parkir belakang
- kamera undur
- Tyre Pressure Monitoring System
Pelbagai ciri Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) turut membantu memberikan sokongan tambahan dalam pemanduan harian termasuk :
- Blind Spot Warning
- Lane Change Assist
- Rear Cross Traffic Alert
- Rear Collision Warning
- Door Opening Warning
- Low Speed Pedestrian Warning
Bingo EV disokong oleh waranti motor pemacu selama 8 tahun/160,000 km, waranti bateri EV selama 8 tahun/120,000 km dan waranti kenderaan selama 5 tahun/150,000 km, yang mana terdahulu.
Penyelenggaraan berjadual turut direka agar kekal berpatutan, membolehkan pemilik menikmati bukan sahaja kemudahan pemanduan elektrik, malah kos pemilikan jangka panjang yang lebih terkawal.

Pelanggan boleh mendapatkan tawaran ini dengan membuat tempahan menerusi laman web TQ WULING dengan yuran tempahan RM200 di https://checkout.tqwuling.my/
Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman memandu TQ WULING Bingo EV digalakkan untuk mengunjungi bilik pameran TQ WULING terdekat atau membuat janji temu pandu uji di https://tqwuling.my/test-drive/.
Untuk maklumat lanjut mengenai TQ WULING dan TQ WULING Bingo EV, sila layari http://www.tqwuling.my atau ikuti saluran media sosial TQ WULING di Facebook, Instagram dan TikTok.
































