Utama Berita Automotif TQ WULING tawar rebat tambahan khas RM3,000 untuk penjawat awam

TQ WULING tawar rebat tambahan khas RM3,000 untuk penjawat awam

10

TQ WULING Malaysia memperkenalkan tawaran penghargaan khas kepada penjawat awam menerusi kempen Berkhidmat untuk Mereka yang Berkhidmat untuk Malaysia sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sedunia.

Menerusi kempen itu, penjawat awam yang layak akan menikmati rebat tambahan RM3,000 bagi pembelian TQ WULING Bingo EV.

Tawaran berkenaan disediakan sebagai penghargaan kepada kakitangan sektor awam atas komitmen dan sumbangan mereka dalam perkhidmatan kepada masyarakat serta pembangunan negara.

Rebat tambahan itu terbuka kepada kakitangan kementerian kerajaan persekutuan, jabatan kerajaan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, universiti awam serta agensi kerajaan lain yang diiktiraf.

Pelanggan yang layak bukan sahaja menerima rebat RM5,000 di bawah kempen Fabulous 5, malah tambahan RM3,000 khas untuk penjawat awam bagi pembelian Bingo EV pemasangan tempatan (CKD).

Pembeli turut menerima pengecas EV Wallbox 7kW dan pengecas mudah alih secara percuma, filem penapis haba premium serta pakej perlindungan insurans merangkumi 17 manfaat tambahan khusus untuk kenderaan elektrik.

TQ WULING juga menawarkan pelan ansuran bulanan serendah RM625 sebulan, tertakluk kepada syarat institusi kewangan terpilih.

Ketua Perniagaan TQ Manufacturing Sdn Bhd, Wan Wei Sun berkata, Bingo EV dibangunkan bagi menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah dimiliki rakyat Malaysia.

Menurutnya, kempen berkenaan diharap dapat membantu penjawat awam beralih kepada penggunaan EV dengan penjimatan lebih menarik serta perlindungan menyeluruh.

“TQ WULING mahu menghargai jasa penjawat awam negara ini dengan menawarkan peluang memiliki EV pada nilai lebih berbaloi dan praktikal untuk kegunaan harian,” katanya.

TQ WULING Bingo EV ditawarkan dalam dua varian dengan jarak pemanduan sehingga 410 kilometer mengikut standard CLTC.

Model itu menampilkan ruang kabin luas, ciri keselamatan moden dan keselesaan untuk kegunaan harian.

Kempen rebat tambahan RM3,000 ini berlangsung mulai sekarang hingga 30 Jun 2026.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here