Utama Berita Automotif Pasang aksesori merbahaya, JPJ keluar 28 saman

Pasang aksesori merbahaya, JPJ keluar 28 saman

1
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang menerusi Stesen Penguat Kuasa Panching mengeluarkan 28 notis saman di bawah Seksyen 61 (1) susulan pengubahsuaian kenderaan perdagangan yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan pada Sabtu lalu.
 
Menurut kenyataan, pihak berkuasa mengesan kesalahan pemasangan aksesori yang boleh mendatangkan bahaya dalam operasi sekitar Jalan Pintasan Kuantan, laluan Gebeng–Gambang. 
 
“Pihak berkuasa menegaskan pengubahsuaian kenderaan yang tidak mematuhi peraturan bukan sekadar isu penampilan, malah berpotensi menjejaskan keselamatan jalan raya, khususnya apabila melibatkan pemasangan aksesori tambahan yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lain.
 
“Selain itu, kesalahan lain yang dikesan adalah penggunaan penyenyap bunyi yang tidak mengikut spesifikasi serta kegagalan menyelenggara komponen dengan baik, sebagaimana diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959,” jelasnya. 
 
JPJ Pahang menegaskan pelaksanaan operasi sedemikian akan terus dipergiat sebagai langkah penguatkuasaan berterusan bagi memastikan setiap kenderaan berada dalam keadaan selamat, mematuhi spesifikasi teknikal serta perundangan yang berkuat kuasa.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here