
Pihak berkuasa menyita kenderaan yang dipandu warga negara Myanmar berkenaan selepas didapati gagal memenuhi syarat serta perundangan jalan raya yang sah.
Pihak JPJ Negeri Kedah menerusi kenyataan menjelaskan telah mengeluarkan saman terhadap warga asing berkenaan yang turut pemegang kad UNCHR.
“Tindakan saman telah dikenakan terhadap pemandu yang terlibat, manakala pemilik kenderaan turut berdepan tindakan undang-undang dan pendakwaan di mahkamah mengikut peruntukan yang berkuat kuasa.
“JPJ Kedah menegaskan bahawa pemilik kenderaan bertanggungjawab memastikan kenderaan mereka tidak digunakan oleh individu yang gagal memenuhi syarat undang-undang,” jelas kenyataan itu.
JPJ Negeri Kedah memberi amaran keras bahawa sikap tidak bertanggungjawab pemilik kenderaan bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Penguatkuasaan secara berterusan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras kesalahan membabitkan pemandu warga asing di negeri berkenaan.





























