
Sime Motors akan menganjurkan acara Jualan HEBAT Sime Motors selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Oktober ini di Sime Motors City, Ara Damansara.
Acara itu menghimpunkan jenama-jenama automotif di bawah portfolio Sime Motors dengan:
- promosi akhir tahun
- sokongan rangkaian seluruh negara
- kepakaran perkhidmatan selepas jualan
Sebanyak lapan jenama automotif antarabangsa akan ditampilkan termasuk BMW, MINI, BMW Motorrad, BYD, DENZA, Hyundai, Ford dan Volvo, merangkumi segmen premium, berprestasi tinggi dan kenderaan elektrik (EV).
Selain kenderaan baharu, acara itu turut menampilkan kenderaan pramilik premium menerusi Auto Selection dan EV NEXT, bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
Sepanjang acara, pengunjung berpeluang:
- memandu uji pelbagai model
- menikmati tawaran eksklusif
- pakej pembiayaan
- peluang tukar beli
- overtrade dengan khidmat nasihat daripada pakar produk
Pelanggan yang membuat tempahan sepanjang acara itu juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM40,000 termasuk:
- iPhone Duo baharu
- iPhone 18 Series
- pelbagai hadiah premium lain
Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Malaysia Sime Motors, Vi Thim Juan berkata, acara tersebut memberi peluang kepada pelanggan meneroka pelbagai tawaran di bawah satu bumbung.
“Jualan HEBAT Sime Motors memberi peluang kepada pelanggan untuk meneroka dengan lebih lanjut pelbagai tawaran Sime Motors yang meliputi pelbagai jenama, promosi hujung tahun yang menarik dan pelbagai penyelesaian mobiliti yang dibawakan di bawah satu bumbung.
“Kami amat mengalu-alukan kedatangan pelanggan sama ada mereka mencari kenderaan baharu atau pramilik, meneroka pilihan EV atau mendapatkan nilai lebih baik bagi pembelian akan datang,” katanya.
Selain jualan kenderaan, Sime Motors turut menawarkan penyelesaian pemilikan menyeluruh termasuk kredit dan penyelesaian pengecasan EV serta manfaat pemilikan dan perkhidmatan selepas jualan percuma bagi model terpilih.
Bagi jenama BMW, pelanggan boleh menikmati rebat tunai khas, kadar pembiayaan serendah 1.68 peratus dan pakej Servis dan Baik Pulih Terangkum 5 Tahun BMW.
Bagi MINI, tawaran termasuk rebat tunai, kadar pembiayaan serendah 0.88 peratus, mesin kopi Nespresso Vertuo dan pelekat kereta percuma, manakala BMW Motorrad menawarkan kadar pembiayaan serendah 2.99 peratus dan rebat sehingga RM15,000 bagi model terpilih.
Bagi BYD, pelanggan bakal meraih ganjaran acara eksklusif dan rebat alu-aluan sehingga RM500 bagi setiap tempahan sepanjang acara, serta rebat model terpilih antara RM7,000 hingga RM16,000.
DENZA pula akan menampilkan model eksklusif Z9 GT serta tawaran bagi DENZA D9 termasuk rebat sehingga RM50,000.
Bagi Hyundai, rebat sehingga RM52,000 ditawarkan bagi model terpilih termasuk sokongan tukar beli dan servis percuma lapan kali, manakala rebat tunai RM2,500 disediakan bagi model baharu. Pelanggan Ford pula boleh menikmati rebat sehingga RM22,000.
Bagi Volvo, rebat sehingga RM25,000 ditawarkan bagi model tertentu, manakala unit demo Volvo EX30 yang terhad ditawarkan bermula RM148,000 tertakluk kepada stok.
Untuk kenderaan pramilik, unit terpilih menerusi Auto Selection dan EV NEXT layak menerima pakej servis percuma 10 tahun menerusi Drivecare.
Acara Jualan HEBAT Sime Motors dibuka kepada orang ramai dari jam 9 pagi hingga 6 petang dari 16 hingga 18 Oktober di Sime Motors City, Ara Damansara.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan mendaftar di https://onego.simemotors.my/q/greatsimemotorssale2026
Galeri Jualan HEBAT Sime Motors










































