
Satu lagi model edisi istimewa dan terhad ditawarkan oleh Vespa, iaitu Vespa Edizione Ottantesimo lengkap dengan hiasan badan dan perincian istimewa.
Edizione Ottantesimo secara literalnya bermaksud “edisi ke-80”, di mana angka produksi dihadkan kepada 1,946 unit sebagai satu penghormatan kepada tahun kelahiran Vespa.
Perkara yang paling ketara ialah kemasan warna hijau khas pada pelana dan rim yang diinspirasikan daripada model terawal Vespa yang menggunakan warna tona tunggal.
Tempat duduknya nampak seperti unit tunggal sporty, namun bahagian penutup belakang itu sebenarnya boleh ditanggalkan untuk membawa pembonceng dengan selesa.
Rim 12 inci pula direka dengan gaya yang merujuk kepada rim besi pressed Vespa 98 tahun 1946.
Di sisi badan, terdapat grafik nombor 80 timbul dalam warna hijau sama. Menurut Piaggio logo heksagon itu direka untuk menyerupai bentuk bolt sebagai simbol ketukangan Vespa.
Di bawah tempat duduk pula terdapat plak bernombor sebagai penanda edisi khas.
Di sebalik cat baharu dan grafik eksklusif, Edizione Ottantesimo sebenarnya menggunakan model GTS 310 sebagai asas yang dipacu enjin 310 HPE satu silinder penyejukan cecair yang mematuhi Euro 5+, dengan kuasa sekitar 25 hp.
Model edisi khas ini juga mengekalkan ciri moden seperti:
-
Lampu LED penuh
-
Paparan TFT warna 5 inci
-
Sistem sambungan Vespa MIA
-
Transmisi CVT
-
Brek cakera hidraulik
-
Sistem tanpa kunci
-
Lampu pada di bahagian shield dan ruang bawah tempat duduk
-
Sistem keselamatan ASR dan ABS
Rim aloi 12 inci dengan tayar tubeless melengkapkan pakej.
Terdapat juga penawaran aksesori seperti top box, rak bagasi, bar sisi, fairing dan cermin penghadang angin yang boleh dipasang pada Edizione Ottantesimo.






