Hotel mewah ini tawar pakej penginapan berserta Vespa percuma!

20

Sebuah hotel mewah yang terletak di Newport Beach, California menawarkan pakej penginapan yang cukup istimewa, dinamakan sebagai Villa & Vespa Experience.

Pakej yang ditawarkan oleh hotel The Resort at Pelican Hill ini memiliki tanda harga bermula serendah $11,000 (RM46,393), bermula 24 Mei hingga 24 September ini. 


Kenapa harganya agak mahal?

Ini kerana pelanggan yang memilih pakej tersebut boleh membawa pulang sebuah model skuter Vespa Primavera 150 cc kustom.

Pakej tersebut turut hadir dengan dua buah helmet monogram yang boleh dipakai semasa bersiar-siar di kawasan hotel.

Antara lokasi menarik yang disenaraikan di sekitar hotel itu termasuklah Villa Clubhouse, Main Estate, Coliseum Pool dan Pelican Hill Golf Club.

Menurut hotel tersebut, segala cukai, yuran, pendaftaran dan pengedaran dikendalikan sepenuhnya oleh pihak hotel, manakala pembelian Vespa dan helmet pula dibuat berasingan menerusi pengedar Vespa LA.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menjual semula Vespa tersebut setelah selesai bercuti menerusi program pembelian semula.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here