Nabila Razali beli Vespa 946 Dior, harga boleh dapat sebuah Harley Road Glide

9292

Selebriti Nabila Razali berkongsi berita gembira membeli sebuah Vespa 946 Dior di akaun Instagram miliknya.

“Meet my BABY DIOR!!! Comey macam tuan diakan?. Kalau nak ajak gi ride rogerje okay!,”  tulisnya.



Pelantun lagu Pematah Hati itu berkongsi beberapa keping imej bersama Vespa edisi terhad berkenaan.

Berdasarkan perkongsian di akaun Youtube, itu bukanlah model Vespa pertama yang dimiliki kerana sebelum ini dia membeli sebuah Vespa Primavera Sean Wotherspoon Edition.

Bagaimanapun, pada video itu Nabila tidak berkongsi harga skuter baharunya. Namun, berdasarkan pemerhatian kami Welly Sungai Buloh memiliki seunit model tersebut yang dijual pada harga RM194,600. 

Kredit Foto: MotoMalaya

Sementara tahun lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menjadi individu pertama memiliki skuter edisi terhad berkenaan di Malaysia. 

Skuter Itali sering berkolaborasi dengan berbagai jenama fashion, seperti Emporio Armani. Terkini skuter edisi terhad itu menjalankan kolaborasi bersama Christian Dior. 

Vespa 946 Christian Dior menampilkan pelana tunggal dengan motif Dior Oblique. Warna badan putih dipadankan dengan kemasan emas pada bahagian tayar, bingkai fairing depan, rim, cermin sisi, terotel dan rak belakang.

Kemudian skuter itu didatangkan dengan kotak belakang dengan logo Dior serta aksesori seperti helmet dan beg Dior. Istimewanya skuter tersebut turut meletakkan nama pemilik pada bahagian sisi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🐈 (@nabila.razali)

Vespa 946 Christian Dior menggunakan enjin 155cc penyejukan udara, satu silinder ouput 12.9hp @ 7,750rpm dan tork 12.8Nm @ 6,500rpm dengan pecutan maksimum mampu dicapai sehingga 96kmj. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here