Sultan Ibrahim pemilik Vespa 946 Dior Edisi terhad di Malaysia, harga RM400k?

7135

Model Vespa 946 Dior Edisi Terhad diperkenalkan sekitar tahun lalu dan baru-baru ini muncul imej Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang difahamkan menerima skuter koleksi baharu baginda.

Skuter Itali tersebut memang sering berkolaborasi dengan berbagai jenama fashion, seperti Emporio Armani. Terkini skuter edisi terhad itu menjalankan kolaborasi bersama Christian Dior. 



Difahamkan edisi terhad itu dijual di butik Dior seluruh dunia, serta butik Vespa Motoplex bermula tahun ini.

Vespa 946 Christian Dior menampilkan pelana tunggal dengan motif Dior Oblique. Warna badan putih dipadankan dengan kemasan emas pada bahagian tayar, bingkai fairing depan, rim, cermin sisi, terotel dan rak belakang.

Kemudian skuter itu didatangkan dengan kotak belakang dengan logo Dior serta aksesori seperti helmet dan beg Dior. Namun, istimewanya skuter yang difahamkan milik Sultan Ibrahim itu tertera perkataan ‘SULTAN JOHOR’ pada bahagian sisi. 

Vespa 946 Christian Dior menggunakan enjin 155cc penyejukan udara, satu silinder ouput 12.9hp @ 7,750rpm dan tork 12.8Nm @ 6,500rpm dengan pecutan maksimum mampu dicapai sehingga 96kmj. 

Hasil pencarian kami di mudah.my, harga Vespa 946 Christian Dior berkenaan sekitar RM400,000. 

Seperti mana kita tahu, Sultan Johor merupakan peminat automotif dan memiliki pelbagai jenis koleksi motor dan kereta. Selain model baharu tersebut, Sultan Ibrahim juga memiliki pelbagai model Vespa daripada klasik hingga model terkini. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here