Minat kereta mewah, model ini tak nak lelaki pakai kereta ‘bishe-bishe’

2124

Model yang berstatus jutawan, dari Amerika Syarikat (AS) ini memiliki lebih tujuh juta pengikut di laman Instagram. Bukan saja minat kereta mewah bahkan citarasanya juga tinggi dalam mencari teman lelaki.

Dia sangat meminati kereta mewah dan memiliki pelbagai jenis kenderaan antaranya Rolls Royce Ghost berharga sekitar AS312,000 (RM1,298,232), Rolls Royce Truck bernilai AS410,000 (RM1,706,010) dan Lamborghini Urus berharga AS200,000 (RM832,200).



Senarai koleksi keretanya bukan setakat itu bahkan instafamous itu juga memiliki Corvette, Escalade ESV 600, Mercedes GT, BMW m80i, Trackhawk serta dua G Wagon dan Maybach.

“Saya suka kereta mewah. Kereta yang dipandu mewakili status seseorang itu.Lelaki yang nak bercinta dengan saya perlu ada kereta yang hebat.

“Saya tak pernah bercinta dengan lelaki yang memiliki kereta biasa-biasa sahaja,” ujarnya.

Namun, kini dia mendedahkan sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang mempunyai minat yang sama mengumpul koleksi kereta-kereta hebat.

Pasangan tersebut kini memulakan perniagaan sewa kereta, dan boleh menyewa salah satu kereta mewahnya dengan harga antara AS600 (RM2,496) dan AS1800 (RM3,7400) untuk sehari.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here