Utama Kereta #TahukahAnda: 5 tabiat ini boleh buat pendingin hawa kereta cepat rosak

#TahukahAnda: 5 tabiat ini boleh buat pendingin hawa kereta cepat rosak

2270

Sistem pendingin hawa (AC) yang masih dalam keadaan baik sebenarnya dapat menyejukkan ruang kabin dengan cepat sebaik kita menghidupkan kereta dan mula bergerak.

Tambahan cuaca Malaysia yang panas, kereta dengan pendingin hawa yang sejuk adalah penting. Jadi sebelum berlakunya kerosakan atau masalah lebih teruk pada pendingin hawa kereta anda, jangan lakukan tabiat ini!



1. Jangan buka tingkap lama bila AC dihidupkan

 
Tabiat membuka tingkap kereta terlalu lama ketika pendingin hawa dihidupkan boleh menyebabkan proses kerja kompresor terbeban untuk mendapatkan suhu kabin ideal. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan penyaman udara kereta menjadi rosak. 

2. Kebersihan kabin yang tidak dijaga

Sampah dan kotoran terbiar bukan saja mengotorkan kabin dan meninggalkan debu tetapi juga memberi kesan kepada sistem penyaman udara. Debu dan habuk yang terhasil boleh masuk dan keluar dari penapis penyaman udara dan membuatkan komponen itu mudah rosak.

3. Tabiat merokok dalam kereta

Jangan biasakan diri merokok sambil memandu, ini kerana asap dan debu rokok boleh masuk ke bahagian penapis walaupun membuka tingkap. Perkara ini menjadikan penapis pendingin hawa kereta menjadi cepat kotor, dan kurang sejuk. 

4. Matikan enjin secara mengejut ketika AC masih hidup

Tabiat buruk ini sering dilakukan oleh ramai pemandu. Tabiat mematikan enjin ketika penyaman udara kereta masih aktif boleh menyebabkan jangka hayat komponen tersebut tidak lama.

5. Guna pewangi yang tidak sesuai

 
Tanpa sedar, penggunaan pewangi jenis gel boleh menjadi satu faktor kerosakan pendingin hawa, kerana pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap.
 
Apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kembali kepada bentuk gel dan boleh menghalang evaporator atau koil penyejukan dalam pendingin hawa. Ini berisiko menghalang penapis dan evaporator atau dalam AC.
 
Oleh itu, lebih sesuai sekiranya guna pewangi kereta jenis cecair.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here