Tunggang santai di lorong kanan, eh dia pula ‘berlakon’ jadi mangsa

2449

Di jalan raya kita pasti akan temui pelbagai ragam pengguna. Ada yang memandu perlahan di lorong kanan, menggunakan telefon bimbit ketika menunggang dan macam-macam kerenah lagi. 

Baru-baru ini, tular satu video papan pemuka yang menunjukkan seorang penunggang motosikal memandu perlahan di lorong kanan seolah jalan itu ‘aku yang punya’. 



Video berdurasi 1 minit 30 saat itu, memaparkan lelaki tersebut menunggang dalam keadaan terhuyung hayang. Mungkin sakit hati dengan situasi tersebut si perakam ‘mencucuk’ rapat di belakang.

Insiden itu mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua pihak. Tidak berpuas hati, penunggang tersebut berhenti di lampu isyarat dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka. Namun lokasi dan waktu kejadian tidak diketahui.

Tidak sedar akan kesalahan sendiri dan menganggap dirinya betul, si penunggang pula ‘berlakon’ seolah mangsa keadaan. 

Dia mengeluarkan telefon bimbit dan merakamkan kejadian sambil mengugut untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Tindakannya yang ‘tidak sedar’ diri itu mengundang kecaman netizen.

“Ececey, siap keluar telefon bimbit ambil gambar pula. Macam dia pula yang tangkap orang tu buat salah.”

“Mujur ada rakaman, jika tidak pasti perakam pula dituduh buli jalan raya.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here