Polis Kenya pilih Proton X70 kereta rasmi

3407

Syarikat pengeluar kenderaan nasional Proton terus mengorak langkah dalam industri automobil antarabangsa, yang kini turut dieksport ke beberapa buah negara luar seperti Brunei, Indonesia, Pakistan dan pasaran terbaharu di Kenya sebagai model CKD.

Model Proton X70 mendapat sambutan luar biasa selepas didatangkan dengan spesifikasi menarik meliputi gabungan ciri-ciri inovatif dan terkini.



Menerusi satu perkongsian di Facebook, Proton Kenya memaparkan deretan Proton X70 di salah sebuah syarikat pengimport kenderaan tersebut. Namun, SUV tersebut mempunyai dua warna iaitu biru dan hijau yang sebelum ini tidak pernah ditawarkan di Malaysia.

Dimaklumkan, anggota keselamatan negara tersebut atau Kenya Police Service akan menggunakan Proton X70 sebagai kenderaan rasmi mereka. Majlis penyerahan sebanyak 30 unit SUV itu diadakan di ibu pejabat Simba Corporation di Mombasa Road.

Menurut Proton Kenya, model SUV Proton X70 itu dapat membawakan gaya yang unggul, stabiliti lebih baik dan keselesaan buat Polis Negara Kenya semasa melaksanakan mandat mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here