Polis cari marshal kawal lalu lintas di Port Dickson

4066

Pengiring atau marshal khususnya untuk kelab permotoran, tidak dibenarkan mengawal lalu lintas dalam aktiviti berkonvoi melainkan mendapat khidmat pengiring daripada polis trafik.

Malah ada sebilangan kelab tidak membuat sebarang permohonan dan menggunakan kuasa sendiri, seperti mana video berdurasi 1 minit 10 saat yang dimuat naik di Facebook Epul Adam Helmet Bajet, sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna lain.



Menerusi video tersebut, dapat dilihat ada yang terpaksa memberhentikan kenderaan semata-mata untuk memberi laluan kepada peserta konvoi di lampu isyarat walaupun ketika itu lampu isyarat bertukar  hijau.

Kini polis sedang mencari individu yang menjadi marshal berkenaan yang menghentikan kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, semata-mata mahu memberi laluan kepada peserta konvoi.

Mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menahan, menyekat atau melencongkan trafik. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di bawah Seksyen 21 Akta Polis, pesalah boleh didenda sehingga RM200 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan boleh didenda sehingga RM300.

Sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak Ibu Pejabat Daerah Port Dickson, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau hubungi 06-6472222.
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here