[Video] Kakak cantik ini kumpul duit lapan bulan nak beli sportbike Ninja 250 edisi istimewa

2718

Cinta wanita ini terhadap motosikal besar begitu tinggi sehingga sanggup menabung selama lapan bulan untuk membeli sportbike Kawasaki Ninja 250 edisi istimewa.

Menerusi perkongsian satu video berdurasi 33 saat, wanita yang berasal dari Indonesia itu membawa beg plastik hitam berisi wang untuk membeli motosikal tersebut.



Berkat kesabaran, wanita itu berjaya merealisasikan impian yang sudah lama dan membeli secara tunai. Video tersebut mendapat tontonan melebihi tiga juta. 

“Ninja 250 edisi terhad telah dijual, wanita ini rajin menyimpan, cantik dan rajin menyimpan wang,” tulis kapsyen penjual motosikal.

Bagaimanapun jumlah hasil wang simpanannya dan harga motosikal tersebut tidak dinyatakan dalam video berkenaan.

@bangarik02

Udah cantik rajin menabung ya ngab #fyp #fypシ #viral #foryou #ff #lumajang #bts

♬ Em Băng Qua (TikTok Remix) – Lập Nguyên, Orinn

‘’Berapa lama duit simpanan ni kak?’’ tanya penjual.

‘’Lapan bulan,’’ jawab wanita itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here