Utama Berita Automotif Krisis Petrol : Pengguna berbaris hingga 1km di Bali

Krisis Petrol : Pengguna berbaris hingga 1km di Bali

15

Krisis kekurangan bahan bakar menyebabkan barisan panjang di pelbagai stesen minyak (SPBU) di Bali sepanjang minggu lalu yang bukan sahaja mengganggu mobiliti penduduk dan pelancong, malah memanjangkan lagi senarai daerah yang berdepan masalah sama dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Sehingga Rabu, pengguna masih berbaris panjang untuk mendapatkan petrol jenis Pertalite dan Pertamax di pelbagai stesen minyak di Bali.

Pada Selasa, barisan kenderaan di Denpasar, Badung sehingga Gianyar mencapai 700 meter hingga 1km termasuk di kawasan tumpuan pelancong seperti Kuta dan Seminyak.

Kerajaan Wilayah Bali dan Pertamina menyatakan bahawa isu itu berpunca daripada gangguan pengagihan serta lonjakan permintaan yang mendadak.

Gabenor Bali, Wayan Koster memaklumkan bahawa bekalan bahan bakar di depoh utama Bali masih mencukupi, namun pengagihan ke stesen-stesen minyak terhalang dan pembelian panik dalam kalangan masyarakat menyebabkan ramai warga mengisi minyak secara serentak.

Pihak Pertamina menambah bahawa penggunaan Pertalite meningkat dan proses pengagihan terganggu akibat kelewatan urusan memindahkan kapal tangki.

Bagaimanapun, penjelasan berkenaan tampil sewaktu isu kekurangan bekalan yang sama pernah berlaku di Sumatera pada Julai serta Makassar, Sulawesi Selatan pada September lalu.

Bali kini menjadi pusat baharu daripada siri gangguan bekalan petrol yang berulang di beberapa wilayah Indonesia sepanjang tahun ini.

Situasi tersebut kembali membangkitkan persoalan yang sebelum ini timbul mengapa masyarakat di pelbagai daerah masih perlu berbaris panjang sedangkan pemerintah menyatakan bekalan dan rizab petrol nasional dinyatakan selamat?.

P-hailing Tidak Dapat Bekerja 

Susulan situasi berkenaan, penunggang ojek di Bali, Handoko berkongsi tidak dapat bekerja sehingga tiga hari dan mengalami kehilangan pendapatan IDR900,000 (RM205).

“Kalau ojol kan bergantung sekali dengan petrol, sampai tiga hari kelmarin saya tidak dapat bekerja kerana tiada petrol,” katanya. 

Handoko berkongsi mendapatkan bekalan petrol pada Selasa setelah menghabiskan lebih dari sejam berbaris di SPBU Sunset Road, Kuta.

Menurutnya, apa yang membuatkan warga berasa kecewa bukan hanya kerana barisan yang panjang, sebaliknya fakta bahawa situasi berkenaan berlarutan selama berhari-hari tanpa sebarang kepastian. 

“Pada pandangan saya, ini sudah sangat parah. Bagaimana boleh sampai begitu panjang dan berlanjutan seperti ini selama berhari-hari,“ katanya.

Seorang petugas SPBU di Gianyar menyatakan bahawa barisan kenderaan sebenarnya telah mula kelihatan sejak awal minggu lalu. Walau bagaimanapun, dalam tempoh tiga hari terakhir ini, situasinya menjadi semakin memburuk.

Pertamina Tegaskan Bukan Punca Kekurangan Stok

Kerajaan Wilayah Bali dan Pertamina sebulat suara menegaskan bahawa isu itu bukan disebabkan masalah kekurangan bekalan keseluruhan.

Gubernur Bali, Wayan Koster menolak sebarang spekulasi bahawa krisis kekurangan bahan bakar berlaku akibat pengalihan bekalan bagi menyokong penganjuran MotoGP Mandalika di Nusa Tenggara Barat.

Jelasnya, bekalan petrol di dua depo utama Bali iaitu Manggis dan Sanggaran masih lagi tersedia. Beliau menilai bahawa masalah yang berlaku sebenarnya berpunca daripada kekangan pengagihan dari depoh ke stesen minyak. 

“Sebenarnya tidak perlu panik kerana dipastikan bekalan itu tersedia dan mencukupi,” katanya. 

Menurut Koster lagi, kesesakan lalu lintas telah melambatkan proses pengagihan, manakala kebimbangan dalam kalangan masyarakat pula mencetuskan situasi pembelian panik. Akibatnya, bekalan di beberapa stesen minyak habis lebih awal sebelum lori bekalan seterusnya sempat tiba.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembelian secara berlebihan dan menjangkakan keadaan akan kembali pulih seperti sediakala dalam tempoh satu hingga dua hari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here