Utama Berita Automotif Indonesia cadang bina fasiliti simpanan minyak mentah di Sumatera

Indonesia cadang bina fasiliti simpanan minyak mentah di Sumatera

14

Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Bahlil Lahadalia mengatakan akan membangunkan fasiliti simpanan minyak mentah import di wilayah Sumatera.

Rencana strategik itu dibentangkan dalam mesyuarat bersama Presiden Prabowo Subianto di Istana Merdeka, Jakarta, pada Selasa.

Beliau berkata, kemudahan berkenaan disediakan bagi menampung minyak mentah hasil import sehingga Indonesia memiliki kapasiti penyimpanan yang cukup dan diarahkan untuk menyokong ketersediaan stok sehingga 60 hari.

“Kita akan membangunkan beberapa storage di wilayah Sumatera bagi minyak mentah import. Target kita bisa sampai 60 hari,” kongsinya kepada media selepas mesyuarat bersama Presiden. 

Menurutnya, kajian kelayakan pembangunan fasiliti tersebut telah selesai yang mana kerajaan akan menjalankan tinjauan lokasi bermula hujung tahun ini dengan mempertimbangkan aspek teknikal, keselamatan dan mitigasi risiko bencana.

“Salah satu perancangannya adalah jangan sampai kondisi tempat simpanan itu berpeluang atau berpotensi besar menjadi bencana, itu akan berkait dengan keselamatan,” jelasnya.

Selain mengukuhkan infrastruktur penyimpanan minyak, Indonesia juga terus mendorong kepelbagaian tenaga melalui bioetanol.

Dalam mesyuarat tersebut, Prabowo turut menanyakan kesiapan pelaksanaan bioetanol E20.

Bahlil menyampaikan bahawa pemerintah telah menyiapkan rencana strategik pengembangan bioetanol secara bertahap, mulai dari E20 hingga E50.

Pengembangan tersebut akan dilakukan melalui kolaborasi antara kementerian, khususnya Kementerian ESDM dan Kementerian Pertanian dalam memastikan ketersedian bahan mentah dari sektor hulu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here