
Indikasi pembelian panik bahan api motor oleh rakyat Indonesia di beberapa stesen minyak mula dirasai di Jember sejak semalam.
Ia terjadi susulan kenyataan Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Bahlil Lahadalia, bahawa stok bahan bakar dalam negara hanya mampu mencukupi keperluan domestik selama sekitar 20 hari sahaja.
Keadaan itu dicetuskan oleh isu penutupan Selat Hormuz oleh Iran dalam konflik ketenteraan antara Iran dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Tinjauan di lapangan menunjukkan barisan kenderaan sepanjang lebih 100 meter di beberapa lokasi, seperti stesen minyak Sabtuan, SPBU Teuku Umar (Tegal Besar) hingga di kawasan Jalan Gajah Mada.
Keadaan itu sempat melumpuhkan sebahagian laluan jalan protokol sebelum pihak polis turun padang untuk mengawal trafik.
Pengurus Cawangan Jualan (SBM) Pertamina Jember, Andi Reza memberikan jaminan bahawa ketersediaan bahan bakar di Jember berada pada tahap yang sangat selamat.
Beliau menegaskan tidak ada kendala bekalan dari depo sokongan di Banyuwangi.
Berdasarkan data terbaru, Jember memiliki rizab yang melimpah, iaitu Pertalite sebanyak 584 tan, Pertamax 279 tan dengan jumlah ketahanan 580 tan stok sedia edar dan akan terus ditambah mulai pagi Jumaat.
“Kami pastikan operasi SPBU berjalan normal tanpa ada pengurangan penyaluran. Jika permintaan meningkat, kami sudah menyediakan skema penambahan pengedaran khas untuk Kabupaten Jember agar stok di tangki simpanan bawah tanah SPBU tetap terjaga,” tegas Andi.






























