
Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Chery (3rd Anniversary Mega Rewards), Chery Malaysia kini menawarkan promosi harga yang menarik untuk pelbagai SUV keluarannya.
Sama ada anda sedang mengintai sedan segmen-C yang sporti, SUV kompak urban yang ranggi, sehinggalah kepada siri SUV hibrid mewah, inilah masanya untuk memiliki jentera idaman dengan harga permulaan serendah RM80,800* sahaja dalam tempoh terhad!
Chery Tiggo Cross (SUV Kompak Urban)
SUV kompak yang sangat sesuai untuk gaya hidup anak muda dan pemanduan harian di bandar. Hadir dengan pilihan trenkuasa petrol turbo atau hibrid:
Enjin: Pilihan enjin 1.5L Turbo dengan kotak gear 6-kelajuan DCT (147 Ps / 210Nm) atau enjin petrol (96 Ps / 120Nm) bersama motor elektrik berkuasa (204 Ps / 310Nm) untuk varian Hybrid CSH.
Penggunaan Bahan Api:
- Varian 1.5 Turbo: 6.3L/100km.
- Varian 1.5 Hybrid CSH: 5.4L/100km.
Keselamatan & ADAS:
- Varian 1.5 Turbo: Dilengkapi dengan 6 beg udara berserta 11 ciri ADAS utama seperti Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Detection (BSD), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Intelligent Headlight Control (IHC), Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Warning (FCW), dan Autonomous Emergency Braking (AEB).
- Varian 1.5 Hybrid CSH: Dilengkapi dengan 7 beg udara berserta pakej ADAS penuh 17 ciri termasuk Door Opening Warning (DOW), Rear Collision Warning (RCW), Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Lane Change Assist (LCA), Emergency Lane Keeping (ELK), Lane Departure Prevention (LDP), Multi Collision Brake (MCB), Traffic Jam Assist (TJA), dan Integrated Cruise Control (ICC).
Harga Promosi Anniversary: Bermula serendah RM80,800* sahaja!
Chery Tiggo 7 Pro (SUV Segmen-C)
Model SUV lima tempat duduk yang menawarkan reka bentuk premium, ruang praktikal, dan sesuai untuk seisi keluarga.
Enjin: Dijana enjin 1.6L TGDI Turbo dengan transmisi 7-kelajuan DCT.
Bahan Api (Fuel Consumption): 7.0L/100km.
Keselamatan (ADAS Penuh): Dilengkapi dengan 7 beg udara bersama pakej ADAS penuh 13 ciri utama termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), Multi Collision Brakes (MCB), Blind Spot Detection (BSD), Door Opening Warning (DOW), Traffic Jam Assist (TJA), Intelligent High Beam Control (IHC), FCW+RCW, ACC+ICC, LDW+LDP, LCA+ELKA, dan RCTA+RCTB.
Harga Promosi Anniversary: Kini RM99,800*! (Penjimatan besar berbanding harga asal RM123,800!)
Chery O5 (SUV yang Bergaya)
Jika anda mahukan sebuah SUV yang tampil dengan bergaya, Chery O5 sedia memberikan kelainan di jalan raya.
Enjin: Enjin 1.5L TCi 4-Silinder Turbo menghasilkan kuasa 156 Ps dan tork 230Nm, digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan DCT.
Keselamatan (ADAS Penuh): Mempunyai 6 beg udara bersama pakej ADAS lengkap 18 ciri aktif seperti Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Prevention (LDP), Lane Change Assist (LCA), Lane Keeping Assist (LKA), Emergency Lane Keeping Assist (ELKA), Blind Spot Detection System (BSD), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Front Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), Integrated Cruise Control (ICC), Autonomous Emergency Brake (AEB), Traffic Jam Assist (TJA), Smart Active Speed Limit Assist (SLA), Speed Control Assist (SCA), Traffic Signs Recognition (TSR), Intelligent Speed Assist (ISA), Intelligent High-Beam Control Headlamp (IHC), dan Drive Away Information (DAI).
Harga Promosi Anniversary: Kini hanya RM99,800*! (Harga asal RM116,800!)
Tiggo Plug-in Hybrid (PHEV) – Kecekapan & Penjimatan Maksimum
Bagi yang mahukan teknologi hijau tanpa kerisauan jarak pemanduan (range anxiety), siri PHEV CSH ini menawarkan kecekapan bahan api yang sangat luar biasa.
Chery Tiggo 7 PHEV CSH
Sistem Kuasa: Menggunakan enjin 1.5L TGDi (143 Ps / 215Nm) bersama motor elektrik (204 Ps / 310Nm) untuk menghasilkan output gandingan keseluruhan sebanyak 279 Ps dan tork gandingan 365Nm menerusi transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT).
Jarak Pemanduan Elektrik: Sejauh 90 km.
Sistem Bateri & Pengecasan: Menggunakan pek bateri berkapasiti 18.3kWh. Pengecasan pantas DC dari 30% hingga 80% mengambil masa hanya 19 minit, manakala pengecasan penuh menggunakan bekalan AC pula mengambil masa sekitar 3 jam.
Keselamatan (ADAS Penuh): Dilengkapi pakej ADAS komprehensif 21 ciri termasuk LDW, LDP, LCA, LKA, ELKA, BSD, RCTA, RCTB, FCW, RCW, ACC, ICC, AEB, TJA, DOW, SLR, IHC, Driver Monitoring System (DMS), DAI, Intelligent Avoidance System (IAS), dan Multi-Collision Braking (MCB).
Harga Promosi Anniversary: Bermula dari RM109,800* sahaja! (Harga asal RM129,800!)
Chery Tiggo 8 PHEV CSH (SUV 7-Tempat Duduk Premium)
Sistem Kuasa: Menggunakan enjin 1.5L TGDi (143 Ps / 215Nm) bersama motor elektrik (204 Ps / 310Nm) untuk menghasilkan output gandingan keseluruhan sebanyak 279 Ps dan tork gandingan 365Nm menerusi transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT). Menawarkan ruang kabin tiga baris yang luas dan diperhalusi (refined).
Jarak Pemanduan Elektrik: Sejauh 90 km.
Sistem Bateri & Pengecasan: Menggunakan pek bateri berkapasiti 18.3kWh. Pengecasan pantas DC dari 30% hingga 80% mengambil masa hanya 19 minit, manakala pengecasan penuh menggunakan bekalan AC pula mengambil masa sekitar 3 jam.
Keselamatan (ADAS Penuh): Dilengkapi dengan 8 beg udara berserta pakej ADAS termaju 21 ciri lengkap termasuk LDW, LDP, LCA, LKA, ELKA, BSD, RCTA, RCTB, FCW, RCW, ACC, ICC, AEB, TJA, DOW, SLR, IHC, Driver Fatigue Monitoring System (DFS), DAI, Intelligent Avoidance System (IAS), dan MCB.
Harga Promosi Anniversary: Kini hanya RM138,800*! (Potongan daripada harga asal RM159,800!)
3 Tahun Bersama Rakyat Malaysia
Tiga tahun di atas jalan raya Malaysia, Chery kini membuktikan komitmen mereka dengan memudahkan pengguna untuk memiliki kenderaan yang canggih pada harga menarik.
Kunjungi pengedar sah Chery yang terdekat sekarang untuk dapatkan model pilihan anda sebelum stok terus licin.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini, tempah sesi pandu uji anda hari ini secara dalam talian di laman Pandu Uji Chery!
*Masa Terhad. Stok Terhad. Tertakluk kepada Terma & Syarat.






































