Utama Berita Automotif Harga minyak boleh cecah tiga digit jika konflik Timur Tengah berlarutan

Harga minyak boleh cecah tiga digit jika konflik Timur Tengah berlarutan

9

Harga minyak boleh melonjak ke paras tiga digit sekiranya konflik di Timur Tengah berlarutan, kata firma penyelidikan tenaga global, Rystad Energy.

Ketua Penyelidikan Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) Rystad Energy, Aditya Saraswat berkata pasaran berada dalam keadaan sangat tidak menentu apabila pedagang bertindak balas terhadap peningkatan ketegangan terkini di Timur Tengah.

“Jika konflik ini berlarutan, harga minyak menjadi tiga digit adalah satu kemungkinan yang sangat nyata,” katanya. 

Saraswat berkata, kebimbangan sebelum ini tertumpu kepada sama ada bekalan tenaga boleh bergerak menerusi rantau ini, bagaimanapun serangan dron terbaharu telah meningkatkan risiko kepada infrastruktur tenaga di seluruh Timur Tengah dengan ketara.

Beliau berkata, kesan daripada peningkatan itu sudah merebak ke pelbagai sektor, daripada pusat data kepada pengguna yang akhirnya akan merasai kesannya menerusi harga bahan api yang lebih tinggi.

“Jika gangguan bermula di Iraq, risikonya ialah ia akan merebak ke pengeluar utama lain seperti Kuwait, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar,” katanya.

Mengenai gas pula, Saraswat berkata, gangguan sudah berlaku, dengan Qatar menghentikan kira-kira 77 juta tan kapasiti gas asli cecair (LNG) setahun.

“Sekiranya keadaan menjadi lebih buruk, terdapat risiko bahawa UAE boleh menghadapi gangguan yang sama,” tambahnya.

Ketika ini, mentah Brent melonjak 2.84 peratus kepada USD83.71 setong.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here