Utama Berita Automotif Naza dedah model Suzuki Jimny, Fronx dipertingkat

Naza dedah model Suzuki Jimny, Fronx dipertingkat

6

Naza Eastern Motors memperkukuh barisan model Suzuki mereka dengan pelancaran tiga model baharu: Jimny AllGrip Plus yang dipertingkatkan, Jimny Rhino Plus yang berkonsepkan pengembaraan, dan Fronx Sport baharu yang tampil sporty.

Langkah ini sekali gus memperkukuh kehadiran Suzuki dalam segmen SUV kompak dan gaya hidup di Malaysia.

Suzuki Jimny AllGrip Plus baharu hadir dengan peningkatan ketara dalam aspek keselamatan aktif, bantuan pemandu, serta kebolehgunaan harian, tanpa menjejaskan karakter lasak dan keupayaan off-road yang sinonim dengan nama Jimny.

Manakala, Suzuki Jimny Rhino Plus pula dilengkapi dengan penggayaan visual lebih tersendiri dan menonjol, diinspirasikan daripada gaya hidup lasak.

Jimny AllGrip Plus ditawarkan pada harga bermula RM158,900 (atas jalan tanpa insurans), mengekalkan harga terdahulu meskipun menerima peningkatan terbaharu. Jimny Rhino Plus pula boleh didapati pada harga bermula RM173,900 (atas jalan tanpa insurans).

Jimny AllGrip Plus akan tersedia dalam enam pilihan warna: Kinetic Yellow + Bluish Black Pearl, Chiffon Ivory + Bluish Black Pearl, Jungle Green, Medium Grey, Bluish Black Pearl, dan Pure White Pearl.

Sementara itu, Jimny Rhino Plus ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu Pure White Pearl, Kinetic Yellow, dan Chiffon Ivory.

Turut membuat kemunculan sulung ialah Suzuki Fronx Sport, varian baharu dalam barisan sedia ada Fronx yang memperkenalkan pakej penampilan lebih sporty di samping menawarkan nilai dipertingkatkan untuk pelanggan.

Fronx Sport baharu ini ditawarkan pada harga RM130,888 (atas jalan tanpa insurans). Bagi varian standard Fronx pula, SUV kompak tersebut kini hadir dengan harga baharu iaitu RM118,888 (atas jalan tanpa insurans).

Suzuki Fronx tersedia dalam tujuh pilihan warna: Rising Orange + Cool Black, Ice Grayish Blue + Cool Black, Savanna Ivory + Cool Black, Pearl Mellow Deep Red, Cool Black, Pearl Snow White, dan Magma Gray.

Suzuki Fronx Sport pula ditawarkan secara eksklusif dalam dua pilihan warna luaran – Pearl Snow White dan Cool Black, sekali gus menyerlahkan lagi karakternya yang lebih sporty dan tersendiri.

Selain daripada penggayaan dan tawaran nilai dipertingkatkan, Fronx turut disokong penarafan keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP. Ini mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah SUV kompak yang serba boleh, menggabungkan reka bentuk unik, praktikaliti harian, dan tahap perlindungan penumpang yang tinggi.

Suzuki Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus, dan Fronx Sport didatangkan dengan jaminan kenderaan selama 3 tahun atau 100,000 km (mana-mana terdahulu). 

Khusus untuk Fronx Sport, model ini turut disertakan dengan jaminan bateri selama 5 tahun atau 100,000 km (mana-mana terdahulu).

Bagi menyokong pengalaman pemilikan, Naza Eastern Motors menyediakan rangkaian nasional merangkumi 14 pusat jualan dan 13 pusat servis di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Naza Automotive Group, Mohd Rizal Jailan berkata, melalui Jimny AllGrip Plus dan Jimny Rhino Plus, pihaknya ingin membawa peningkatan dan nilai yang lebih hebat kepada pelanggan, sambil mengekalkan kebolehcapaian dan daya tarikan yang membuatkan Jimny begitu digemari.

“Pada masa yang sama, Suzuki Fronx kini hadir dengan kedudukan harga baharu yang menarik. Ini membolehkan kami menawarkan pakej yang lebih kompetitif bagi pelanggan yang mencari gaya, praktikaliti, dan keselamatan canggih dalam pasaran SUV yang sedang berkembang pesat hari ini.

“Pengenalan Fronx Sport memperluaskan lagi barisan model ini dengan ekspresi yang lebih dinamik dan bertenaga, disesuaikan khusus untuk pelanggan yang inginkan penampilan yang lebih berani dan sporty dalam pemanduan harian mereka,” katanya. 

Peningkatan Utama pada Jimny AllGrip Plus
Ciri-ciri Kemudahan dan Keselesaan:

  • Sensor parkir hadapan dan belakang dengan sonar jarak (clearance sonar)
  • Cermin sisi lipat elektrik dengan fungsi pemanas
  • Kawalan Cepat Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  • Sistem audio paparan skrin 9-inci
  • Sistem Keselamatan dan Bantuan Pemandu Canggih (ADAS):
  • Kamera undur dengan radar gelombang milimeter
  • Sokongan Brek Sensor Dwi II (Dual Sensor Brake Support II – DSBS II)
  • Amaran/Pencegahan Keluar Lorong (Lane Departure Warning/Prevention) dan Amaran Pemanduan Leka (Weaving Alert)
  • Lampu Tinggi Automatik (Automatic High Beam)
  • Isyarat Berhenti Kecemasan (Emergency Stop Signal)
  • Beg udara sisi dan tirai

Varian Rhino Plus pula mempertingkatkan karakter sedia ada Jimny yang unik menerusi pakej peningkatan gaya luaran yang dipilih khas, berinspirasikan penerokaan luar yang lasak.

Peningkatan Eksklusif pada Jimny Rhino Plus Termasuk:

  • Rim aloi gilap (polished alloy) 15-inci
  • Penutup tayar simpanan dengan logo Rhino
  • Gril hadapan eksklusif
  • Kemasan bawah bampar hadapan (front bumper under garnish)
  • Kemasan bawah sisi (side under garnish)
  • Pelindung angin tingkap (door visors)
  • Pengadang lumpur (mud flaps) berwarna merah di hadapan dan belakang

Melengkapkan lagi barisan model ini ialah Suzuki Fronx Sport, varian baharu dalam portfolio sedia ada Fronx yang membawakan pakej penampilan lebih sporty beserta nilai tambah buat pelanggan.

Suzuki Fronx Sport Baharu Menerima Rangkaian Aksesori Dinamik Iaitu:

  • Bibir bampar hadapan (front lips)
  • Spoiler belakang
  • Kit bampar belakang
  • Skirting sisi
  • Pelekat sisi kiri dan kanan
  • Balutan bumbung (roof top wrap)
  • Rim aloi 17-inci
  • Tayar Continental UltraContact UC7
  • Kemasan cat khas pada bibir hadapan, peresap (diffuser) belakang, bibir sisi, dan spoiler belakang
  • Perakam Video Digital (DVR) hadapan dan belakang
  • Pelindung angin tingkap (door visor)

Suzuki Fronx Sport hadir sebagai model import sepenuhnya (CBU) dari Indonesia, dengan ukuran panjang 3,995mm, lebar 1,765mm, dan tinggi 1,550mm, serta jarak roda sejauh 2,520mm.

Fronx Sport dilengkapi suspensi MacPherson strut di bahagian hadapan dan torsion beam di bahagian belakang, serta menawarkan jarak ground clearance setinggi 170mm.

Untuk maklumat lanjut mengenai Suzuki Jimny AllGrip Plus, Suzuki Jimny Rhino Plus, dan barisan model Suzuki Fronx baharu, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran sah Suzuki di seluruh negara atau layari www.suzukimalaysia.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here