Utama Berita Automotif Kit badan DAMD ubah Suzuki Jimny menjadi Lancia Delta Integrale SUV

Kit badan DAMD ubah Suzuki Jimny menjadi Lancia Delta Integrale SUV

223

Anda seorang pemilik Suzuki Jimny? Anda seharusnya bersyukur kerana terdapat banyak pilihan dan gaya ubah suai yang ada di pasaran.

Apa yang perlu dibimbangkan hanyalah wang yang ada di tangan.

DAMD, syarikat pengeluar kit badan terkemuka di Jepun menghasilkan sebuah lagi pakej kit badan Armata untuk Suzuki Jimny yang diinspirasikan daripada jentera rali Itali.

Menggunakan asas daripada kit Little D sedia ada, kit baharu kini hadir dengan lampu bulat berkembar, lampu kabus kuning yang lebih tinggi posisinya, kemasan logam pada bampar dan skid plate terbina.

Kit ini turut menawarkan lampu posisi amber LED pada bumbung, diikuti dengan cermin sisi gaya trak.

Akhir sekali, keempat-empat sudut dipadankan dengan rim aloi OZ Racing yang dibaluti tayar off-road.

Tiada sebarang modifikasi terhadap enjin dibuat, bermakna Jimny masih kekal dengan enjin 1.5 liter NA menghasilkan 103 hp yang dipadankan dengan transmisi manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here