Suzuki Jimny Edisi Rhino kini di pusat jualan, harga RM174k

478

Naza Eastern Motors memperkenalkan Suzuki Jimny Edisi Rhino yang hanya terhad 30 unit.

Didatangkan dengan warna badan Pure Pearl White, harga SUV tersebut adalah RM174,900 (tanpa insurans).



Berikut perincian Suzuki Jimny Edisi Rhino:

  • Warna badan Pure Pearl White dipadankan dengan dekal merah, kelabu dan hitam pada bonet dan sisi Jimny. 
  • Terdapat perkataan ‘Real Offroader’ dan grafik badak sumbu pada bawah pintu.
  • Lencana badak sumbu juga turut diletakkan pada pintu belakang daÅ„ penutup tayar simpanan.
  • Edisi Rhino didatangkan dengan gril warisan, perumah cermin sisi krom serta madgad berwarna merah dengan perkataan Jimny.
  • Pemilik sedia ada boleh membeli kit Jimny Rhino bernilai RM15,000.
  • Ciri peralatan lain ditawarkan lampu depan LED, rim aloe 15-inci, unit infotainmen 7-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay, dua beg udara dan lain-lain.

Edisi Rhino masih menggunakan janakuasa sama dengan Jimny standard iaitu K15B 1.5 liter VVT 4-silinder yang menghasilkan kuasa 100hp @ 6,000rpm dan tork 130Nm @ 4,000rpm bersama kotak gear automatik 4-kelajuan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here