Tank 100 versi klon Suzuki Jimny?

369

Ramai antara kita memang suka kepada SUV kompak, Suzuki Jimny. Reka bentuk model 4×4 itu sudah boleh dikenali dari jauh dan mengingatkan kita kepada versi tahun 1990-an.

Baru-baru ini, dikhabarkan Great Wall Motor (GWM) Tank akan memperkenalkan sebuah model yang dipanggil Tank 100 yang kelihatan seperti akan menyaingi Suzuki Jimny.

Anak syarikat Tank GWM kini menawarkan dua model, Tank 300 dan Tank 500 serta kemungkinan Tank 100 ini akan berkongsi enjin 2.0 liter 4 silinder pengecas turbo yang turut digunakan Tank 300.

Jom Baca:   Suzuki Malaysia rasmi lancar GSX-R150 dan GSX-S150, harga mula RM11k

Dari segi penampilan, Tank 100 ini menggunakan reka bentuk gaya retro yang popular. Reka bentuk segi empat mirip Jimny. Namun, satu-satunya perbezaan daripada Jimny ialah Tank 100 mempunyai lima pintu.

Bagaimanapun, menurut rakan media wapcar yang menghubungi rakan sekerjanya dari China, mereka mengatakan bahawa imej ini hanyalah lakaran saja sehinggakan banyak saluran media tertipu.

Difahamkan seseorang yang tidak bertangungjawab telah mengambil imej Suzuki Jimny generasi semasa dan mencantumkan rupa depan Tank 100.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Jom Baca:   Mangsa: Kereta masuk longkang sebab silau lampu HID!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here