Ahli FCCM-FC Club Malaysia akan dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan

2403

Sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta yang berhenti di laluan kecemasan yang didakwa untuk mengambil gambar akan dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

 



Tindakan itu diambil selepas tular gambar di media sosial memamparkan sekumpulan pemilik Honda Civic generasi ke-10 (FC) yang berkumpul di lorong kecemasan kedua-dua arah Lebuh raya Temiang-Pantai di Negeri Sembilan.

“Kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita sudah kenal pasti kira-kira 48 kereta setakat ini.
 
“Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu adalah satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” kata Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman
 

Mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang meletakkan atau meninggalkan kenderaan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Hukuman denda juga boleh dikenakan ke atas individu yang terbabit mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

 

Selain itu, menurutnya perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan akan dilakukan bagi menyelaraskan tindakan lanjut selain cadangan bagi menyediakan tempat khusus di kawasan berkenaan untuk orang ramai bergambar serta menjaja.

“Lebuh raya Temiang-Pantai adalah lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit tetapi tindakan mengambil gambar seperti yang tular itu boleh mengundang bahaya,” kata Superintendan Mohd Fazley.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here