Pemandu India guna lampu tinggi tak kira tempat, alasan yang diperoleh tak masuk akal….

1270

Ada di antara kita memilih memandu pada waktu malam terutamanya melibatkan perjalanan jauh. Ini kerana kenderaan tidak banyak di jalan raya dan cuaca yang lebih sejuk.

Namun di India, lain pula yang jadi. Memandu pada waktu malam tidak salah tetapi sikap pemandu yang menggunakan lampu tinggi sepanjang masa  walaupun ada kenderaan dari arah bertentangan membuatkan pengguna ‘naik angin’. 

Penggunaan lampu tinggi boleh menyebabkan silau kepada pengguna jalan raya yang lain, dan menyebabkan kemalangan jalan raya. Menerusi video tinjauan NGO, ArriveSafe yang dimuat naik di Youtube, Biturbo Media memberi sedikit pencerahan tentang isu tersebut. 

Jom Baca:   Proton Saga Black Knight Edition (1989) muncul juara Festival of the Unexceptional, Britain

Hasil tinjauan yang dilakukan di Haryana dan Punjab mendedahkan 73.83 peratus pemandu menggunakan lampu tinggi pada waktu malam. Malah, 48.3 peratus tetap menyalakan lampu tinggi, walaupun ada kenderaan dari arag bertentangan. 

Penyumbang kepada tabiat itu kerana peningkatan ramai pemandu baharu, yang kurang pendedahan tentang penggunaan lampu tinggi di atas jalan raya.

Kedua, kekurangan lampu jalan yang berfungsi maka pemandu tidak mempunyai pilihan . Ketiga, kemajuan teknologi lampu depan kereta seperti lampu LED yang menawarkan pencahayaan yang lebih terang.

Selain daripada menyedarkan orang ramai tentang penggunaan lampu tinggi yang betul, kerajaan perlu meningkatkan infrastruktur dengan memasang lebih banyak lampu jalan di merata tempat.

Jom Baca:   UMP lancar nombor pendaftaran UC 1 hingga 9999

Pihak berkuasa juga perlu bertindak tegas dengan mengenakan penalti undang-undang ke atas pesalah yang menggunakan lampu tinggi tanpa keperluan. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here