Utama Berita Automotif MG Hector Tomahawk (2026) ditawarkan dengan pakej sewa bateri di India

MG Hector Tomahawk (2026) ditawarkan dengan pakej sewa bateri di India

3

Pasaran India menerima kehadiran model SUV baharu daripada jenama MG, iaitu Hector Tomahawk (2026). 

Ia ditawarkan dengan pilihan unit rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya (EV) atau sistem plug-in hybrid (PHEV). 

Menariknya, model Hector Tomahawk ini tidak langsung mempunyai kaitan dengan model Hector versi enjin (ICE). 

Sebaliknya, ia dijenamakan semula daripada model Wuling Starlight 560 yang sudah dilancarkan di pasaran China awal tahun lalu. 

Kedua-dua model ini boleh dibezakan menerusi penampilan muka depan, di mana model PHEV membawakan jeriji mengikut warna badan, liang bukaan udara lebih besar, cladding hitam dan skid plate aluminium. 

Sementara model EV pula membawakan penampilan yang lebih ringkas menyamai model Wuling Starlight 560. 

Dari segi ukuran, ia membawakan panjang 4,745 mm, jarak antara roda sepanjang 2,810 mm dan jarak kelegaan tanah 230 mm. 

Disebabkan itu, Hector Tomahawk boleh menawarkan konfigurasi dua atau tiga baris tempat duduk, dengan ruang kargo mencecah 610 liter dalam konfigurasi 5-tempat duduk. 

Ruang kabin mendapat kelengkapan seperti skrin digital 8.8 inci, skrin infohibur 15.6 inci, bumbung panorama dua panel, sistem pencahayaan ambien 256-warna, sistem audio 10-pembesar suara dan turut mendapat sistem bantuan AI. 

Versi EV dibekalkan dengan motor elektrik pacuan roda depan berkuasa 201 hp, dan mampu bergerak sejauh lebih 500 km terima kasih kepada pek bateri 69.2 kWh. 

Ia turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 90 kW, serta fungsi V2L dan V2H. 

Hector Tomahawk PHEV pula membawakan gandingan enjin 1.5L NA dengan motor elektrik dan bateri 20.5 kWh, menawarkan jarak gerak melebihi 1,100 km. 

Dalam mod EV, ia boleh dipandu sejauh 115 km. 

Sama seperti Perodua, MG turut menawarkan skim sewaan bateri (Baas) sebagai alternatif kepada pembelian konvensional. 
 
Versi EV dijual pada harga bermula dari ₹19.49 lakh (RM82 ribu), sementara harga jualan di bawah pakej BaaS pula bermula dari ₹13.99 lakh (RM58,940) dengan caj ₹4.90/km (RM0.21/km). 
 
Versi PHEV pula dijual pada harga ₹25.70 lakh (RM108 ribu), atau dari ₹21.79 lakh (RM91,839) di bawah skim BaaS dengan kadar caj ₹3.20/km (RM0.13/km). 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here