Utama Berita Automotif Perodua umum harga khas QV-E, bermula RM63,499

Perodua umum harga khas QV-E, bermula RM63,499

4

Perodua telah meningkatkan kandungan tempatan kenderaan bateri elektrik (BEV) pertama keluaran syarikat itu, QV-E. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata pihak syarikat dan vendor-vendor tempatan berjaya mengeluarkan komponen alat ganti dalam jumlah yang signifikan.

“Ini bermakna kami boleh terus melindungi pekerjaan tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi dan bekalan rantaian asing. 

“Perkembangan ini penting kerana kami kini boleh menyimpan inventori komponen alat ganti yang lebih besar terutamanya bahagian badan kenderaan untuk memastikan pelanggan boleh bergantung kepada alat ganti yang sudah tersedia di peringkat domestik apabila diperlukan,” katanya.

Pihak Perodua turut menawarkan harga khas sehingga 30 September depan untuk pemilikan penuh QV-E iaitu RM87,499 atau RM63,499 (pakej BAAS) dengan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9-tahun.

Beliau berkata sepanjang tempoh terhad itu, Perodua menawarkan harga khas Pakej BAAS melibatkan pakej bateri EV yang komprehensif iaitu perlindungan untuk bateri, penghapusan dan penggantian serta insurans bateri sepanjang tempoh sewaan 9-tahun.

“Harga baharu QV-E untuk pemilikan penuh adalah RM93,999 atau RM69,999 menerusi pakej Battery as a Service (BAAS) dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun.

“Bagaimanapun, kami memperkenalkan harga khas untuk tempoh terhad (berkuatkuasa serta merta) bagi membantu pengguna yang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup,” jelasnya. 

Sementara itu, bagi pelanggan sedia ada QV-E akan mendapat pulangan wang khas dan penasihat jualan Perodua akan menghubungi mereka secepat mungkin.

Beliau berkata pemilik bakal menikmati pengurangan komitmen bulanan BAAS kepada RM215 sebulan daripada RM275 sebelum ini. Bayaran baharu ini akan berkuatkuasa untuk tempoh pembayaran seterusnya.

Selain itu, Perodua juga berjaya meningkatkan pengeluaran QV-E lebih 500 unit sebulan.

QV-E yang memperoleh penarafan 5 bintang dari ASEAN-NCAP menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW) dengan julat perjalanan sehingga 445km (NEDC) bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here