Utama Berita Automotif #KLIMS2026 : Zeekr 009 Grand, 9X buka tempahan, harga mula RM600k

#KLIMS2026 : Zeekr 009 Grand, 9X buka tempahan, harga mula RM600k

8

Zeekr Intelligent Technology Malaysia (Zeekr Malaysia) mempamerkan Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X pada acara Kuala Lumpur International Mobility Show (2026) yang berlangsung di MITEC sehingga 21 Jun ini.

Sejak pelancaran pada Disember 2024, Zeekr mencatatkan jualan terkumpul melebihi 4,000 unit setakat Mei 2026, sekali gus menjadikannya Jenama EV Premium Nombor Satu di Malaysia.

“Sejak Zeekr berada di pasaran tempatan, perjalanan kami amat luar biasa. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah berkembang menjadi Jenama EV Premium No. 1 di Malaysia dan pencapaian ini adalah milik pelanggan kami.

“Pada masa sama kami terus meluaskan kehadiran namun fokus tetap tertumpu untuk menawarkan bukan sahaja kenderaan yang luar biasa, tetapi juga pengalaman pemilikan premium berasaskan kemudahan, keyakinan, dan ketenangan minda,” kata Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu. 

Justeru itu, jenama berkenaan menambah rangkaian produk terbaharu menerusi pembukaan tempahan MPV ultra-mewah empat tempat duduk, Zeekr 009 Grand dan SUV mewah, Zeekr 9X.

Berikut informasi ringkas tentang kedua-dua produk :

  • Tarikan utama Zeekr 009 Grand adalah tempat duduk eksekutif baris kedua dengan terapi batu panas (SPA) yang menawarkan urutan 20-titik.
  • MPV itu juga didatangkan dengan paparan MiniLED 43-inci yang disokong oleh sistem bunyi keliling 31-pembesar suara serta peti sejuk 18-liter dan kemasan kabin menggunakan bahan premium termasuk hiasan marmar semula jadi dari pergunungan Himalaya dengan komponen butang kristal lutsinar.
  • Bagi privasi penumpang belakang, 009 Grand dilengkapi kaca boleh malap untuk pintu gelongsor dan panel suku belakang, kaca pembahagi tirai pintar antara pemandu-penumpang, serta peti besi elektronik dwi-akses dengan kata laluan.
  • Di bahagian luaran pula, 009 Grand menampilkan roda tempa terapung 20-inci dan gril hadapan hitam berkilat dengan lambang ‘DARK BADGE’.
  • Manakala, Zeekr 9X dibina di atas platform Sustainable Experience Architecture (SEA-S) dengan seni bina 900V yang menampilkan sistem SEA Super Hybrid berkuasa sehingga 1,030kW.
  • SUV mewah itu mampu memecut 0-100kmj dalam tempoh 3.1 saat dengan jarak tempuh 1,250km (CLTC).
  • Ia juga menyokong pengecasan ultra-pantas dari 20-80 peratus dalam masa hanya 8.5 minit.
  • Mirip dengan model Rolls Royce, 9X didatangkan dengan ciri peralatan seperti Casis Digital AI Sustainable Experience Architecture (SEA) merangkumi suspensi udara termaju, kawalan oleng aktif, dan mod pemanduan pintar.
  • Perlindungan keselamatan tambahan baharu yang turut disertakan termasuklah kawalan angin lintang, impak sisi terangkat dan elak halangan automatik.
  • Bahagian dalaman 9X didatangkan dengan tiga baris tempat duduk dengan Cloud Lounge, skrin OLED 3K 17-inci dan sistem audio Naim 3,800W.
  • Harga jualan Zeekr 009 Grand bermula daripada RM600,000 manakala Zeekr 9X bermula RM800,000.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here