Utama Berita Automotif Jualan terkumpul BYD lebih 3 juta sepanjang 2026

Jualan terkumpul BYD lebih 3 juta sepanjang 2026

6

BYD kekal mendahului dengan jualan 456,713 unit kenderaan tenaga baharu (NEV) China di peringkat global bagi bulan September lalu.

Jualan tersebut melibatkan 183,570 kenderaan plug in hibrid (PHEV) dan 273,143 unit model kenderaan elektrik bateri (BEV).

Pengeluar kereta yang berpangkalan di Shenzhen itu turut mengeksport 180,700 kenderaan dalam tempoh yang sama dengan rekod jualan mencecah 3,078,490 unit bagi tempoh sembilan bulan 2026. 

Manakala mengikuti di belakang ialah Geely Galaxy dengan penyerahan 130,479 unit dan Leapmotor sebanyak 105,656 unit kenderaan, melonjak sebanyak 59 peratus.

Leapmotor mendedahkan sebanyak 27,000 unit kereta telah dijual di luar negara dalam tempoh berkenaan. Penghantaran terkumpul jenama tersebut adalah sebanyak 665,539 unit. Bahkan, syarikat mencapai 66.7 peratus daripada sasaran jualan tahunannya iaitu 1 juta unit.

Jenama NEV arus perdana Changan, Nevo mencatatkan pendaftaran penghantaran sebanyak 45,607 unit. Sementara, Xpeng menyerahkan 41,256 buah kereta kepada pemilik di seluruh dunia, meningkat 5 peratus tahun-ke-tahun (YOY).

Xiaomi pula menjual 40,000 unit termasuk lebih 10,000 unit SUV Skynomad. Jualan terkumpul Xiaomi Auto dari Januari hingga September 2026 mencecah 269,000 unit.

Sasaran jualan syarikat tersebut untuk setahun penuh ialah 550,000 unit, bermakna Xiaomi baru mencapai 48.9 peratus daripada sasaran jualannya.

Di tangga ketujuh, rangkaian jualan kenderaan Huawei, HIMA (Harmony Intelligent Mobility Alliance) menyerahkan 37,490 unit pada September 2026.

Angka itu merangkumi prestasi jualan jenama Aito, Luxeed, Stelato, Maextro, dan Saic (Shangjie) iaitu mencecah 367,229 buah kereta bagi sembilan bulan pertama tahun ini.

Nio yang berada di tangga ke lapan menyerahkan 37,408 unit pada September 2026, diikuti Zeekr (37,216 unit) dan GAC Aion (35,494 unit) di tangga ke-10. 

JUALAN NEV SEPTEMBER

  1.  BYD : 456,713 unit
  2. Geely Galaxy : 130,479 unit
  3. Leapmotor : 105,656 unit
  4. Changan Nevo : 45,607 unit
  5. Xpeng : 41,256 unit
  6. Xiaomi : 40,000 unit
  7. HIMA : 37,490 unit
  8. Nio : 37,408 unit
  9. Zeekr : 37,216 unit
  10. GAC Aion : 35,494 unit
  11. Li Auto : 31,817 unit
  12. Deepal : 30,185 unit
  13. BAIC NEV : 24,080 unit
  14. Lynk & Co : 18,493 unit
  15. Voyah : 13,025 unit
     

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here