
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim, Kedah menyita sebuah Toyota Hilux selepas didapati tiada cukai jalan dan perlindungan insurans yang sah dalam satu pemeriksaan di Jalan Sungai Ular, petang Ahad.
Menurut kenyataan, kenderaan yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Taiping itu mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh selain tidak memiliki perlindungan insurans sah selama setahun.
“Susulan kesalahan tersebut, pihak JPJ mengeluarkan saman dan menyita kenderaan berkenaan untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“JPJ menegaskan penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi memastikan setiap kenderaan di jalan raya mematuhi undang-undang demi keselamatan semua pengguna,” jelasnya.



