
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim, Kedah menyita sebuah van milik warganegara Pakistan selepas melakukan kesalahan pengubahsuaian kenderaan dan kesalahan teknikal di Jalan Sungai Limau–Lunas pada Sabtu.
Menurut kenyataan pada Isnin, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan juga melakukan kesalahan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
“Kenderaan berkenaan disita bagi membolehkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
“JPJ Cawangan Kulim menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan setiap pemilik dan pengguna kenderaan mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya,” jelasnya.
Pihak berkuasa juga menasihati agar pengguna menghindari pengubahsuaian yang melanggar peraturan dan memastikan kenderaan sentiasa memenuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan.





























