Utama Berita Automotif LRT 3 laluan Shah Alam dijangka beroperasi hujung Jun

LRT 3 laluan Shah Alam dijangka beroperasi hujung Jun

13
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya dijangka bermula hujung bulan ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
 
Beliau berkata tarikh rasmi pelancaran perkhidmatan itu akan diumumkan tidak lama lagi selepas semua persiapan akhir diselesaikan.
 
Katanya, ujian operasi yang dijalankan setakat ini berjalan lancar dan sistem LRT3 kini berada dalam keadaan bersedia untuk menerima penumpang.
 

“LRT3 dijangka dibuka kepada orang ramai pada penghujung bulan ini. Tarikh tepat akan diumumkan dalam masa dua minggu lagi.

“Ujian operasi telah berjalan dengan baik dan sistem sudah bersedia. Kami menjangkakan perkhidmatan ini dapat memulakan operasi sebelum akhir bulan,” katanya.

LRT3 atau turut dikenali sebagai Laluan Shah Alam seharusnya memulakan operasi tahun lalu.

Namun, pelancarannya ditangguhkan berikutan beberapa isu berkaitan kestabilan sistem dan perisian yang dikenal pasti semasa fasa ujian serta pentauliahan (T&C).

Projek sepanjang 37.8km itu menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang, sekali gus meningkatkan rangkaian pengangkutan awam di koridor barat Lembah Klang.

Laluan berkenaan turut memberi akses rel kepada kawasan berpenduduk padat dan pesat membangun seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here