
Perodua menawarkan rebat sehingga RM10,000 sempena kempen ‘October Mega Drive’ bermula 1 hingga 31 Oktober ini.
Berdasarkan promosi khas itu, Perodua menawarkan rebat tunai yang berbaloi untuk disambar melibatkan:
- Perodua QV-E: RM10,000
- Perodua Ativa: RM9,500
- Perodua Aruz: RM4,000
- Perodua Bezza: RM2,500
- Perodua Myvi: RM1,500
- Perodua Axia: RM1,000
Perodua QV-E yang dilancarkan pada hujung tahun lalu menyaksikan tawaran rebat tertinggi bernilai RM10,000.
QV-E yang memperoleh penarafan 5 bintang dari ASEAN-NCAP menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW) dengan julat perjalanan sehingga 445km (NEDC) bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.

Pada Jun lalu, Perodua mengumumkan harga khas sehingga 30 September untuk pemilikan penuh QV-E iaitu RM87,499 atau RM63,499 (pakej BAAS) dengan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9-tahun.
Manakala harga baharu QV-E untuk pemilikan penuh adalah RM93,999 atau RM69,999 menerusi pakej BAAS dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun.
Perodua terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia berteraskan empat keutamaan jaminan iaitu kecekapan bahan api, ciri keselamatan menyeluruh, kebolehpercayaan produk serta alat ganti dan nilai jualan semula yang tinggi.
Orang ramai yang berminat bolehlah mengunjungi mana-mana bilik pameran rasmi Perodua terdekat di seluruh negara bagi merebut tawaran hebat ini.































