Utama Berita Automotif Tunjuk jari tengah, Alex Rins mohon maaf

Tunjuk jari tengah, Alex Rins mohon maaf

9

Pelumba MotoGP, Alex Rins menyampaikan permohonan maaf selepas tindakan menunjukkan isyarat jari tengah ke arah petugas litar (marshal) di Litar Mandalika tular dan dikecam di media sosial, baru-baru ini. 

Insiden berkenaan berlaku apabila pelumba pasukan Monster Energy Yamaha itu mengalami kemalangan pada minit akhir sesi time attack.

Alex berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk kembali ke padok memandangkan masa sesi yang berbaki kurang dua minit.

Beliau bertindak menumpang sebuah motosikal milik marshal yang berada di tepi litar untuk membawanya pulang ke padok dengan pantas.

Pertengkaran mulut tercetus kerana kenderaan berkenaan ditugaskan sebagai flying marshal untuk kawalan keselamatan litar, bukannya pengangkutan penumpang (moto taxi).

Susulan itu, Alex hilang kesabaran lalu turun dari motosikal berkenaan sebelum menunjukkan isyarat jari tengah ke arah petugas litar tersebut.

Kemudian, menerusi video yang tular beliau dilihat memilih untuk menumpang motosikal milik seorang jurugambar litar yang berada berhampiran untuk kembali ke garaj.

Pelumba asal Sepanyol itu mengakui bahawa tekanan tinggi serta suasana panik telah menguasai emosinya sehingga bertindak secara tidak profesional di lapangan.

“Ia adalah momen yang penuh dengan ketegangan di tengah-tengah sesi latihan. Saya memohon maaf kepada marshal terbabit,” kata Alex Rins menerusi kenyataan yang dimuat naik di ruang komen media sosial.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here