Utama Berita Automotif MotoGP Mandalika 2026 : Pecah Rekod Capai 150,000 Pengunjung

MotoGP Mandalika 2026 : Pecah Rekod Capai 150,000 Pengunjung

7

Penganjuran MotoGP Indonesia 2026 mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi sepanjang penganjurannya, iaitu melebihi 150,000 orang.

Acara perlumbaan motosikal antarabangsa di Mandalika, Nusa Tenggara Barat itu turut dijangka menghasilkan impak ekonomi sehingga IDR5 trilion (RM1.38 bilion).

Pengarah Urusan InJourney, Maya Watono bersama Gabenor NTB menyatakan bahawa penganjuran MotoGP tahun ini memberikan impak limpahan ekonomi bagi pelbagai sektor perniagaan dan masyarakat tempatan.

“Peningkatan jumlah pengunjung menjadi salah satu faktor yang memacu aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, penganjuran MotoGP berjaya meningkatkan jumlah pelancong yang berkunjung ke Mandalika dan kawasan sekitarnya sekaligus memacu permintaan terhadap perkhidmatan penginapan, pengangkutan, serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha tempatan.

Pencapaian jumlah pengunjung pada tahun ini semakin memperkukuh potensi MotoGP Mandalika sebagai pemacu pelancongan dan ekonomi daerah. Selain menarik penonton untuk menyaksikan perlumbaan, acara ini turut membuka peluang kepada pelancong untuk melawat destinasi lain di NTB.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here