Utama Berita Automotif Tempah Ativa, rebut peluang menang pakej Pink Edition

Tempah Ativa, rebut peluang menang pakej Pink Edition

10

Perodua memperkenalkan kempen eksklusif Ativa Pink Edition yang menawarkan pakej naik taraf menarik buat pelanggan bertuah.

Menerusi kempen tersebut, pelanggan yang menempah dan mendaftarkan sebuah Perodua Ativa berpeluang menerima pakej naik taraf khas bertemakan merah jambu yang tampil unik dan bergaya.

Hadiah Menarik & Pakej Eksklusif Bernilai RM8,000

Berdasarkan perkongsian di akaun Facebook rasmi Perodua, kempen tersebut menawarkan 10 unit Ativa AV dengan pakej Pink Edition untuk dimenangi.

Pakej naik taraf Pink Edition bernilai RM8,000 melibatkan :

  • Balutan Badan Pink Edition
  • Sarung Kerusi Eksklusif Pink Edition
  • Karpet Pink Edition
  • Set Aksesori Pink Edition

Di samping itu, Perodua turut menawarkan 100 set Aksesori Pink Edition sebagai hadiah penghargaan buat pelanggan.

Cara Penyertaan :

Penyertaan amat mudah yang mana peserta hanya perlu: 

  1. Tempah dan daftar sebuah Perodua Ativa pilihan anda
  2. Imbas kod QR di mana-mana cawangan Bilik Pameran Perodua untuk penyertaan
  3. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 Oktober 2026

Lebih menarik, pelanggan mempunyai lebih banyak peluang untuk menang menerusi cabutan mingguan yang diadakan sepanjang tempoh kempen.

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here