Utama Berita Automotif Isi minyak RM40, peluang bawa pulang iPhone 17 & hadiah gempak setiap...

Isi minyak RM40, peluang bawa pulang iPhone 17 & hadiah gempak setiap bulan

21

BHPetrol memperkenalkan kempen Peraduan Boom! Hadiah Percuma yang menawarkan pelbagai gajet idaman dan barangan elektronik premium dengan hanya berbelanja serendah RM40.

Caranya cukup mudah yang mana pelanggan hanya perlu melakukan dua langkah di bawah :

  1. Belanja minimum RM40 untuk pembelian petrol, diesel atau barangan di BHPetromart dalam satu resit.

  2. Imbas atau leret kad eCard BHPetrol anda setiap kali membuat transaksi.

Lebih banyak anda berbelanja, lebih tinggi peluang untuk nama anda tersenarai sebagai pemenang!. 

Hadiah Utama Berbeza Setiap Bulan

Apa yang menarik hadiah utama akan bertukar setiap bulan termasuklah iPhone 17, Apple Watch, Samsung Galaxy Tab, kamera vlog Sony dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, seramai 20 pemenang setiap bulan akan dipilih untuk membawa pulang hadiah saguhati :

  • 5x Pemenang: Kipas Mudah Alih Jenis Genggam Tersuai
  • 6x Pemenang: Powerbank Magnetik Tersuai
  • 8x Pemenang: 20,000 ePoints 

Tempoh Peraduan Hingga Tahun Depan

Jangan risau jika terlepas bulan ini, kerana peraduan ini berlangsung untuk tempoh yang lama bermula 1 April 2026 sehingga 31 Januari 2027. Jadi, ada banyak masa untuk anda kumpul penyertaan!. 

Pihak BHPetrol sentiasa komited menghargai pelanggan mereka dan peraduan ini adalah cara terbaik untuk memberi semula kepada komuniti pengguna jalan raya di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di BHPetrol atau terus ke stesen minyak BHPetrol berhampiran.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here