Utama Berita Automotif GIIAS2026 : Wuling umum harga Aira EV, bermula RM35k

GIIAS2026 : Wuling umum harga Aira EV, bermula RM35k

7

Wuling Motors rasmi mengumumkan harga kereta elektrik (EV) Aira pada pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2026.

Diposisikan sebagai solusi mobiliti harian, ia didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Standard Range yang menggunakan bateri berkapasiti 16.2 kWh dengan jarak tempuh hingga 205km.

Sementara varian Long Range pula dibekalkan dengan bateri 25.1 kWh dengan jarak perjalanan hingga 301km (CLTC) bagi pengecasan penuh. 

Aira EV Standard Range dipasarkan pada harga IDR 155 juta (RM35,104) sedangkan Aira EV Long Range berharga IDR 175 juta (RM39,634). 

Menggunakan konsep “Fun Everyday, For Everyone”, pada harga sedemikian ia memudahkan akses buat pengguna yang ingin beralih kepada EV serta sesuai sebagai kenderaan bandar. 

Berbeza dari Air EV, ia didatangkan dengan konfigurasi empat pintu dengan kabin yang lebih lapang serta dilengkapi pengecasan pantas. Penampilan moden diserlahkan menerusi lampu depan dan belakang LED berbentuk bulat dengan pilihan dua tona warna. 

Dari segi dimensi, Wuling Aira EV memiliki panjang 3,268 mm, lebar (1,550 mm), tinggi (1,575 mm) dan jarak roda 2,190 mm bersama radius pusingan 4.5 meter.

Masuk ke kabin, ia dibekalkan dengan skrin sentuh 10.1 inci dengan ketersambungan telefon pintar dan panel instrumen digital 7-inci.

Ciri keselamatan yang ditawarkan termasuklah Electronic Stability Control (ESC), Hill Hold Control, Tire Pressure Monitoring System (TPMS), kamera parkir belakang hingga Electronic Parking Brake dengan Auto Vehicle Hold.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here