Utama Berita Automotif Yamaha YZF-R2 (2026) rasmi lancar di India, harga bawah RM10 ribu

Yamaha YZF-R2 (2026) rasmi lancar di India, harga bawah RM10 ribu

1

Yamaha baru sahaja melancarkan sebuah sportbike serba baharu YZF-R2 (2026) untuk pasaran India.

Jentera ini diposisikan lebih tinggi berbanding YZF-R15 dan bersaing dengan model seperti KTM RC 200 dan Bajaj Pulsar RS 200.

Berbeza dengan R15, R2 mendapat platform dan enjin 204 cc serba baharu.

Nadi silinder tunggal DOHC itu mampu menghasilkan kuasa 26.5 hp pada 10,000 rpm dan daya kilas 19.3 Nm pada 8,000 rpm.

Sayang sekali, ia tidak disertakan dengan ciri Variable Valve Actuation (VVA) yang terdapat pada model R15.

Dengan berat sekitar 149 kg, ia menjadikan R2 sebagai jentera paling ringan di dalam kelasnya.

Selain itu, ia mendapat ciri seperti fork hadapan USD 37 mm, sistem brek ABS dua-saluran, kawalan cengkaman, klac assist & slipper, serta pendikit ride-by-wire lengkap dengan tiga mod tunggangan.

Segala info dipaparkan menerusi skrin TFT 5-inci.

Varian pertengahan mendapat tambahan ciri quickshifter dua arah, serta rim aloi mengikut warna badan.

Sementara varian R2M pula mendapat tetapan suspensi boleh laras depan dan belakang, tuil brek dan klac boleh laras, tempat duduk balutan faux-suede, dan sistem kunci pintar jenis keyless.

Harga jualan Yamaha YZF-R2 bermula dari Rs 2.30 lakh (RM9,690).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here