Utama Berita Automotif ZXMoto ZX500RR bakal tiba di pasaran Eropah, kuasa 84 hp

ZXMoto ZX500RR bakal tiba di pasaran Eropah, kuasa 84 hp

7
ZXMoto 500RR

Pada bulan Ogos 2026, ZXMoto mengumumkan jentera ZX500RR telah menerima pensijilan jenis kenderaan (VTA) di Eropah.

Ini bermakna, jentera yang diklasifikasikan di bawah kelas A3 ini akan mula dijual di pasaran Eropah dalam masa terdekat.

ZXMoto melancarkan model 500RR di pasaran China pada tahun 2025 di mana 100 unit produksi pertama telah pun diserahkan kepada pelanggannya.

ZXMoto ZX500RR ini dikuasakan enjin empat silinder 470 cc DOHC sejukan cecair menghasilkan kuasa 84 hp pada 13,500 rpm dan 46 Nm pada 11,500 rpm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.4 saat, menyamai sportbike kelas 600 cc dan kelajuan tertinggi 235 km/j.

Casis kerangka berlian trellis keluli itu dipadankan dengan fork hadapan jenis terbalik 41 mm boleh laras sepenuhnya dan dibantu dengan penyerap hentak tunggal di belakang.

Brek pula menggunakan sistem TAISKO yang terdiri daripada angkup 4-omboh di depan dengan dua cakera 300 mm, diikuti angkup 2-omboh dan cakera tunggal 240 mm.

Aspek tunggangan dibantu dengan sistem pengukuran inersia (IMU) enam paksi serta cornering ABS.

Antara pesaing terdekat ZX500RR ialah Kawasaki Ninja ZX-4RR yang dikuasakan enjin empat silinder 399 cc menghasilkan 77 hp.

Menariknya, model ini juga dijanjikan oleh pihak Mforce untuk masuk pasaran Malaysia dengan harga jualan tidak melebihi RM30,000.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here