
Kebiasaannya sebelum motosikal dari China dibawa masuk, beberapa pengedar tempatan akan mula memainkan video tentang model berkenaan.
Trend sebegitu sudah terbukti melalui sejumlah model sebelum ini. Terbaru, ada pengedar yang mula berkongsi tentang jenama baru, ZXMoto (Zhang Xue Motorcycles) di media sosial.
Jika trend sebelum ini dijadikan sandaran, motosikal gaya retro ZXMoto 500F mungkin memasuki pasaran tempatan.

ZXMoto diasaskan oleh Zhang Xue dan menariknya beliau pernah bersama Kove sebelum berpisah pada awal 2024.
ZXMoto juga tangkas di persada antarabangsa dan telah dibawa ke EICMA 2025.
Di dalam laman sesawang ZXMoto, jelas dinyatakan reka bentuk 500F merupakan penghormatan kepada model naked Jepun.
Reka Bentuk Timeless & Perincian Klasik

Dari segi reka bentuk ZXMoto 500F membawakan gaya timeless dan klasik yang mempunyai peminat tersendiri di serata dunia.
- Lampu Bulat LED: Rekaan klasik dengan modul LED terbina dalam.
- Meter Berkembar: Panel instrumen jenis pointer elektronik klasik.
- Kemasan Enjin: Kemasan enjin yang digilap menonjolkan lagi rupa mekanikalnya.
- Ergonomik: Ketinggian pelana hanya 795mm dengan posisi tunggangan yang tegak, menjadikannya mesra untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.
Nadi 4-Silinder
ZXMoto 500F digerakkan enjin 470cc 4 silinder sebaris dengan ciri-ciri berikut:
- Jenis: 4-silinder sebaris, DOHC, 16-valve, sejukan cecair.
- Kuasa Maksimum: 72.4 hp @ 11,000 rpm.
- Tork Maksimum: 48 Nm @ 9,500 rpm.
- Sistem Bahan Api: BOSCH EFI.
- Nisbah Mampatan: 12:1.
Casis dan Komponen Moden
Walaupun nampak retro, komponen yang digunakan adalah spesifikasi prestasi moden:
- Rangka: Double cradle dengan struktur steel trellis.
- Suspensi: Fork depan jenis terbalik dengan pelarasan redaman.
- Sistem Brek: Cakera berkembar 300mm (depan) dengan angkup terapung dan cakera tunggal 220mm (belakang) daripada Taisko.
- Tayar: CST S1 (120/70 ZR17 depan, 180/55 ZR17 belakang).
- Berat: Berat basah (Curb weight) sekitar 175kg, manakala berat kering adalah 165kg.
Pakej Elektronik
ZXMoto 500F hadir dengan pakej keselamatan seperti ABS dua saluran dan Kawalan Cengkaman yang boleh dipadamkan (switchable).
Bila Masuk Malaysia?
ZXMoto belum memasuki pasaran tempatan secara rasmi dan masih tiada pengesahan mengenainya.
Kempen yang dimainkan pengedar tempatan sekurang-kurangnya memberi satu petunjuk positif.
Jika menjadi kenyataan, ZXMoto 500F memberi satu sisi baharu berbanding kebanyakan model sebelum ini kerana imej retro naked yang dibawa.
Kredit gambar: ZXMoto






























