Utama Berita Automotif Pengasas ZXMoto sasar sejuta motosikal setahun, jadikan Honda sebagai idola

Pengasas ZXMoto sasar sejuta motosikal setahun, jadikan Honda sebagai idola

5

Siapa sangka ZXMoto, jenama yang baru berusia dua tahun itu digambarkan bakal berdiri sama tinggi dengan jenama terkemuka. 

Menurut pengasas ZXMoto, Zhang Xue melihat jenama itu sebagai sebuah jenama yang akan berdiri setaraf dengan gergasi dunia, merangkumi barisan model lengkap (jalan raya, litar dan off-road), serta sebuah syarikat dengan skala yang setaraf Honda. 

Kenapa Honda? 

Menurut Zhang Xue, Honda merupakan contoh terbaik sebuah pengeluar global yang mempunyai rangkaian model yang sangat meluas. 

Ducati yang lebih bersifat khusus bukanlah acuan yang beliau mahu ikut. 

Ketika ditanya tentang masa depan ZXMoto dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang, Zhang Xue menegaskan ZXMoto perlu berada dalam kelompok pengeluar motosikal terbesar dunia dengan barisan lengkap untuk semua jenis penunggang dan merangkumi segenap segmen. 

“Ideal saya ialah Honda, sebuah syarikat yang hadir di seluruh dunia dengan begitu banyak model. Saya mahu ZXMoto menghasilkan lebih sejuta motosikal setahun,” ujarnya. 

Dalam tempoh masa dua tahun, ZXMoto kini berkembang pada kadar luar biasa dengan jumlah pekerja melonjak kepada 1,700 orang daripada 300 pada permulaan. 

Malah, kejayaan jenama itu di dalam medan perlumbaan turut melonjakkan lagi angka jualan. 

ZXMoto juga sedang merancang untuk menyertai Superbike World Championship pada tahun 2028, dan sedang mengerjakan projek enjin lima silinder dalam bentangan V (V5) yang dijangka sedia pada tahun 2027. 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here