Utama Berita Automotif ZXMOTO Malaysia lancar tiga model baharu, harga bermula RM28,888

ZXMOTO Malaysia lancar tiga model baharu, harga bermula RM28,888

3

ZXMOTO Malaysia secara rasmi melancarkan tiga model baharu untuk pasaran tempatan iaitu 500F, 500RR dan 820RR.

Ketiga-tiga jentera itu menyasarkan segmen sporty dan retro moden dengan penawaran ciri berteknologi tinggi pada harga kompetitif.

ZXMOTO 820RR – RM39,888

Model supersport ini dikuasakan enjin tiga silinder 818.8cc DOHC berkuasa 135hp pada 12,000rpm dan tork 80Nm pada 9,500rpm.

Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 6-kelajuan yang dilengkapi klac slipper dan quickshifter dwi-hala.

Jentera itu turut didatangkan dengan 6-Axis IMU sebagai ciri standard, sekali gus membolehkan fungsi Cornering ABS, Cornering Traction Control dan Launch Control.

Turut disertakan Cruise Control dan lima mod menunggang iaitu Rain, Road, Sport, Custom 1 dan Custom 2.

Antara kelengkapan lain :

  • sistem TPMS
  • keyless
  • ride-by-wire
  • fork hadapan KYB 41mm boleh laras penuh
  • brek cakera 320mm berkembar dengan kaliper 4-piston TAISKO di hadapan
  • cakera 200mm dengan kaliper 2-piston di belakang

820RR mempunyai berat 193kg dan kapasiti tangki 18L.

ZXMOTO 500RR – RM29,988

Bagi segmen supersport pertengahan, 500RR menggunakan enjin empat silinder 470cc DOHC yang mampu menjana 84hp pada 13,500rpm dan 46Nm pada 11,500rpm.

Model ini mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 235km/j dan pecutan 0-100km/j dalam 3.4 saat.

Daya tarikan utama model ini terletak pada penggunaan swingarm jenis single-sided.

Ciri lain termasuk :

  • 6-Axis IMU
  • Cornering ABS
  • Cornering TC
  • quickshifter
  • steering damper
  • sistem Ram-Air
  • klac slipper

Penunggang turut diberikan empat mod menunggang iaitu Sport, Street, Beginner dan Custom.

ZXMOTO 500F – RM28,888

Sementara itu, 500F tampil dalam gaya retro roadster berinspirasikan jentera Jepun.

Walaupun berkongsi enjin 470cc empat silinder dengan 500RR, enjin 500F ditala semula untuk menghasilkan 73.4hp pada 11,000rpm dan 48Nm pada 9,500rpm.

Model ini hanya seberat 175kg dengan tangki penuh 15.5L.

Ia dilengkapi fork USD 41mm, monoshock dan swingarm aluminium.

Ciri keselamatan merangkumi :

  • ABS dwi-saluran yang boleh dimatikan
  • dua mod menunggang Eco dan Sport
  • lampu LED penuh
  • klac slipper
  • slot pengecas USB

Ketiga-tiga model baharu ZXMOTO itu kini boleh ditempah di pengedar sah seluruh negara.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here