
Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) mengeluarkan kompaun terhadap enam pemilik motosikal selepas gagal ujian bunyi dan pelepasan gas yang menyebabkan pencemaran udara dan bunyi bising pada Sabtu.
Sebanyak 50 buah motosikal telah menjalani pemeriksaan dalam operasi Penguatkuasaan Bunyi Bising Motosikal dan Pelepasan Gas bersama Balai Polis Trafik Tun HS Lee, Kuala Lumpur dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur itu.
“Tindakan diambil di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003.
“Sepanjang tahun 2026, JAS WPKL telah mengadakan sebanyak 50 operasi penguatkuasaan bunyi bising dan pelepasan gas motosikal dengan sejumlah 235 kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik motosikal,” menurut kenyataan pada Ahad.
Operasi yang dijalankan dengan kerjasamapolis dan JPJ itu akan dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan pematuhan kepada peraturan sedia ada, sekaligus menjamin kualiti udara yang lebih baik.




