Utama Berita Automotif Benarkan pembantu Indonesia bawa kereta tanpa lesen, JPJ saman majikan

Benarkan pembantu Indonesia bawa kereta tanpa lesen, JPJ saman majikan

5

Niat seorang wanita warga Indonesia untuk membawa pulang barang keperluan perniagaan majikannya tidak kesampaian apabila MPV yang dipandu disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka, pada Jumaat.

Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati wanita berusia 32 tahun itu tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Bahkan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) Toyota Avanza berkenaan juga telah tamat tempoh.

“Wanita tersebut ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membeli keperluan perniagaan majikannya di pasar.

“Susulan itu, pemandu dan pemilik telah dikenakan saman bagi kesalahan yang dikesan, manakala kenderaan tersebut disita di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya. 
 

Pihak JPJ Negeri Melaka menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan terus menggiatkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya secara berterusan di sekitar negeri berkenaan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here