
Niat mahu bergaya di atas jalan raya memandu Proton X50 akhirnya membawa padah apabila seorang lelaki Rohingya dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Pewa di KM 1, Jalan Padang Temusu–Tikam Batu, Kedah pada Isnin.
Menurut kenyataan, individu tersebut ditahan anggota penguat kuasa JPJ dari Stesen Penguat Kuasa Kuala Ketil dan hasil pemeriksaan mendapati pemandu warga asing terbabit tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah.
“Kedua-dua kenderaan terbabit telah dibawa ke Depoh Sitaan Stesen Penguat Kuasa JPJ Kuala Ketil untuk tindakan perundangan seterusnya,” jelasnya.
Pihak JPJ menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan sedemikian akan terus dipergiatkan dari masa ke semasa tanpa kompromi.
Langkah berterusan berkenaan diambil bagi memastikan setiap pengguna jalan raya, tanpa mengira status kewarganegaraan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.





























